Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Tak Sangka Itulah ‘Bye Bye Paksu Comel’ Yang Terakhir”

“Tak Sangka Itulah ‘Bye Bye Paksu Comel’ Yang Terakhir”

Sekilas

  • Niq Nazmi berkongsi video terakhir bersama anak saudaranya, Armaan, yang menyentuh hati ramai pengguna Threads.
  • Muhammad Nazatullah Nazmi, isteri dan anaknya maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Pahang.
  • Orang ramai mendoakan agar roh semua mangsa kemalangan tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Niq Nazmi telah mengundang sebak ramai pengguna di aplikasi Threads.

Menerusi hantaran yang dibuat, Niq Nazmi merupakan adik lelaki kepada mangsa nahas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) iaitu Muhammad Nazatullah Nazmi dilihat memuat naik video memaparkan momen bersama anak saudaranya yang dikenali sebagai Armaan.

Advertisement

Menurut Niq Nazmi, dia tidak menyangka video serta ungkapan ‘Bye Bye Paksu Comel’ itu merupakan momen terakhir bersama arwah yang sempat dirakamnya.

“Siapa sangka ini merupakan ‘Bye Bye Pak Su Comel’ yang terakhir,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang rasa sebak ramai yang rata-ratanya mendoakan agar roh kesemua mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Terdahulu, Muhammad Nazatullah Nazmi disahkan maut bersama isteri dan anaknya,
Nur Atiqah Sofiya serta Armaan selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah lori ketika berhadapan kesesakan lalu lintas di LPT1 pada Isnin.

Selain mereka, kemalangan membabitkan 11 kenderaan di arah Lanchang menghala ke Kuantan, Pahang itu telah menyebabkan empat nyawa terkorban.

Sama-sama kita doakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement