Skip to main content

Hiburan

“Tak Semestinya Saya Diam, Saya Boleh Dibuli…” - Amira Othman Pernah Digelar S*ndal Ketika Buat Live, Anggap ‘Cyberbully’ Dah Keterlaluan

ASTROGEMPAK amira othman

Sekilas

  • Amira Othman jarang melibatkan diri di Threads kerana suasananya dianggap toksik, namun masih menerima komen negatif yang diforward oleh peminat.
  • Amira menegaskan isu cyberbully semakin serius dan tidak wajar dinormalisasikan walaupun terhadap selebriti, serta mengingatkan agar menggunakan bahasa yang baik ketika memberi teguran.
  • Serangan negatif terhadap Amira bukan kali pertama berlaku, termasuk semasa siaran langsung, dan dia memilih untuk tidak melayan serta menyekat akaun yang menghina.

Penyanyi Amira Othman mengakui dia sendiri jarang mengikuti perbincangan di platform Threads kerana berasakan suasana di aplikasi tersebut agak toksik. 

 

Bagaimanapun, isteri kepada aktor Fattah Amin ini mendedahkan ada peminat yang tetap menghantar semula (forward) komen negatif melibatkan dirinya. 

 

“Saya memang tak ambil tahu sangat apa yang jadi di Threads, sebab saya rasa sangat toksik la tapi sudah tentu ada peminat yang foward. 

 

“Saya pun tak tahu kenapa macam itu. Tapi biasalah, adat la menjadi anak seni ini, ada orang suka dan sebaliknya. Dan pada saya, kalau dia tak suka itu, pusing macam mana pun dia mesti tak suka, kan? 

 

“Ini jap lagi keluar headline ini pun mesti ada orang tak suka, kan? Jadi, saya tak nak terlalu beri perhatian kepada perkara yang negatif. Pada saya, ia akan memenatkan kepala saya. 

 

“Saya tak nak fokus pada perkara yang negatif ini. Pada akhirnya, yang sokong kita adalah orang yang suka kita. Yang tak suka ni, saya tak boleh buat apa,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam masa sama, Amira berpendapat isu cyberbully kini semakin melampau dan tidak wajar dinormalisasikan, walaupun terhadap individu yang bergelar selebriti.

 

“Saya rasa cyberbully ini dah melampau-lampau. Tak semestinya saya diam, saya boleh dibuli. Cyberbully bukan sesuatu perkara yang baik dan tidak elok dilakukan. 

 

“Sekalipun menggunakan akaun palsu. Bagi saya, walaupun kita public figure tapi kita juga manusia… jadi tak baik la. Saya tak boleh nak kawal orang tak suka saya. 

 

“Tapi kalau boleh berpada-pada la bila nak bercakap. Kita ada undang-undang dalam soal cyberbully. Nak tegur tak ada masalah tapi gunalah perkataan baik-baik,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Amira mendedahkan serangan seperti itu bukan kali pertama berlaku, malah dia pernah dihina dengan pelbagai kata-kata kesat ketika membuat siaran langsung.

 

“Bukan pertama kali mereka serang saya ketika membuat live. Pelbagai perkataan yang mereka guna… sundal ada, bodoh dan macam-macam la. 

 

“Tak tergamak nak sebut di bulan puasa. Saya tak pernah respons tapi kalau nampak, akan terus sekat,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement