Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Amarra G Dituduh ‘Miming’, Guru Vokal Tampil Bersuara - “Terima Kasih Tau, Maknanya…”

ASTROGEMPAK Amarra G

Sekilas

  • Persembahan Amarra G di konsert akhir Talk To My Manager 2 mendapat pujian tetapi juga dakwaan lip sync daripada segelintir netizen.
  • Guru vokal Amarra, Adzrin Adzhar, mempertahankan anak didiknya dan menganggap dakwaan itu sebagai pujian terhadap kemampuan vokalnya.
  • Adzrin berseloroh mahu hadiahkan sejambak coklat kepada netizen yang menunjukkan komen dakwaan lip sync tersebut.
Advertisement

Persembahan bekas peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2), Amarra G pada malam konsert akhir yang berlangsung pada Ahad menjadi bualan di laman sosial. 

 

Advertisement

Meskipun ramai yang memuji persembahannya, terdapat juga segelintir netizen yang mendakwa anak kepada penyampai radio Era, Pak Azad itu hanya melakukan lip sync atau miming ketika membuat persembahan.

 

Susulan itu, penyanyi yang juga guru vokal Amarra, Adzrin Adzhar tampil mempertahankan anak didiknya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Advertisement

 

Menurut Adzrin, dia tidak berasa marah dengan dakwaan tersebut, sebaliknya menganggap ia sebagai satu pujian terhadap kemampuan vokal Amarra.

 

“Mana yang cakap Amarra lip sync miming tu ya… Allah aku tak jumpa dah komen. Tolong screenshot bagi kat komen. 

 

“Aku cikgu vocal Amarra dengan nama Allah aku tak marah tau tapi aku happy gila. Terima kasih tau. Maknanya Amarra berjaya sampai orang kata miming,” kongsinya. 

 

Dalam perkongsian sama, Adzrin turut berseloroh meminta netizen menunjukkan komen berkenaan kerana mahu menghadiahkan sejambak coklat sebagai tanda penghargaan.

 

“Please mana kaauuuu Aku nak hantar bouquet Ferrero Rocher. Please mana?” katanya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement