Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Dua-Dua Hela Nafas Lega, Azeva & Anggrek Mara Ke Minggu Suku Akhir

Astrogempak TTMM (1)

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) menyaksikan barisan juri akhirnya menggunakan Golden Card untuk menyelamatkan Adira dan Anggrek. 

Meskipun keputusan untuk melihat Datuk A.Aida dan Azeva perlu pulang, pasangan itu diselamatkan oleh Dr. K dengan menggunakan kuasa imuniti Eskayvie. 

Selain Adira X Anggrek dan Datuk A. Aida X Azeva turut berada ditangga tiga terbawah adalah Safura X Kim Khairii. 

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu ketujuh menjadi milik Datuk Seri Vida dan Cik B. 

Hasil kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Namun, Datuk Seri Vida menyerahkan wang tunai itu kepada pengurus Safura dan Jamilulhayat. 

Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) sekali lagi disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement