Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Gabungan Emosi & Teknologi! Bintang Mana Yang Akan Dominasi, Semak Senarai Tugasan Minggu ketiga

Astrogempak TTMM2

Sekilas

  • Talk To My Manager 2 (TTMM2) minggu ketiga mengangkat tema "Hati Ingin Berbicara, Hati Pun Sering Bertanya" dengan cabaran menyampaikan lagu kenangan antara artis dan pengurus mereka menggunakan teknologi AI.
  • Barisan pengurus dan artis yang bertanding termasuk Adira dan Anggrek, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida dan Cik B, serta ramai lagi.
  • Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

10 bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2) akan menghangatkan pentas minggu ketiga dengan tema “Hati Ingin Berbicara, Hati Pun Sering Bertanya…” 

Tema kali ini memberi cabaran berbeza apabila setiap peserta perlu menyampaikan lagu yang mempunyai kenangan tersendiri antara artis dan pengurus mereka, sebelum diolah semula dengan sentuhan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Berikut merupakan tugasan minggu ketiga bagi tema “Hati Ingin Berbicara, Hati Pun Sering Bertanya…” :



Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement