Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: Impian Punah! Amarra & Eira Syazira Gagal Ke Grand Finale

Astro Gempak 555

Sekilas

  • Datuk A.Aida dan Azeva diumumkan sebagai peserta pertama yang berjaya mara ke minggu grand finale Talk To My Manager 2 (TTMM2).
  • Jamilulhayat dan Hussain memenangi Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie serta Anugerah Manager Paling Perform (MPP) buat kali keempat.
  • Eira Syazira dan Amarra diumumkan tersingkir manakala program ini disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk A.Aida dan Azeva diumumkan sebagai peserta pertama yang berjaya mara ke minggu grand finale.

Mengikuti jejak langkah Azeva dan A.Aida adalah Jamilulhayat X Hussain, Datuk Seri Vida X Cik B.

Berada di tangga terbawah adalah Safura X Kim Khairii, Adira X Anggrek dan Eira Syazira X Amarra.

Eira Syazira dan Amarra pula diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu separuh akhir menjadi milik Jamilulhayat & Hussain.

Hasil kemenangan itu memberi mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain buat kali keempat.

Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement