Sekilas
- Malam ini berlangsungnya minggu kedua Talk To My Manager 2 (TTMM2) dengan tema "Lepaskanlah" yang menampilkan lagu-lagu untuk menyerlahkan potensi setiap bintang.
- Barisan pengurus dan artis yang bertanding termasuk Adira, Anggrek, Ani Maiyuni, Viviana, Dato’ Fazley, Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida, Cik B, Linda Jasmine, Ratu, Nana Mahazan, Althea, Pak Azad, Amarra, Safura, dan Kim Khairii.
- Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Malam ini, untuk pentas minggu kedua Talk To My Manager 2 (TTMM2), bakal mencabar kesemua bintang dengan tema Lepaskanlah.
Lagu-lagu yang dipilih menerusi tema ini bertujuan membantu menyerlahkan lagi potensi setiap bintang.
Berikut merupakan tugasan minggu kedua bagi tema Lepaskanlah:
Haruka Kanata - Althea
Kini Kau Tiada - Amarra
Aku Tak Percaya Cinta - Anggerek
Make You Mine - Azeva
Salahku - Cik B
Aku Di Matamu - Fariedz Fazley
Kali terakhir ku lihat wajahmu - Hussain
Seribu Tahun - Kim Khairii
Sometimes - Ratu
Rayuan Perempuan Gila - Viviana
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.