Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Pentas Kini Dibuka, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

Astrogempak TTMM

Sekilas

  • Program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2) mula malam ini dengan 10 pasangan pengurus dan artis bersaing untuk gelaran juara.
  • Peserta akan mempersembahkan lagu popular seperti Pematah Hati, Toxicity, dan medley On The Floor & Senorita pada konsert minggu pertama.
  • Program dikendalikan Aznil Nawawi dan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Program realiti hiburan, Talk To My Manager 2 (TTMM2) bakal membuka tirai malam ini dengan menyaksikan 10 pasangan ‘pengurus dan artis’ bersaing merebut gelaran juara.

Pada konsert minggu pertama ini, setiap peserta dijangka tampil dengan persembahan terbaik bagi mempamerkan kelebihan serta bakat masing-masing di pentas utama.

Advertisement

Antara lagu yang bakal dipersembahkan malam ini termasuk:

  • Pematah Hati
  • On The Floor & Senorita (medley)
  • Sejiwa
  • Drunk Text
  • Beggin’
  • Bahagiamu Deritaku
  • Firasat
  • Toxicity – System Of A Down
  • Gabriella
  • Bukan Lupa Tapi Tak Ingat & Kau Dan Aku
     

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement