Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: Bukti Bakat Tiada Batas Usia! Anggrek Julang Trofi Juara

Astrogempak Anggrek (1)

Sekilas

  • Pasangan Adira dan Anggrek dinobatkan juara musim kedua Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Aku Stacy dan Sutera yang menampilkan Aisha Retno.
  • Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi, emas dari Payang Jewellery, pakej penginapan Seri Pacific Hotel, serta peruntukan pengurusan dan single dari Rocketfuel Entertainment.
  • Juri memuji bakat dan usaha semua peserta, dengan penekanan pada potensi Anggrek yang baru berusia 9 tahun dan keunikan persembahan setiap peserta di pentas akhir.

Pentas akhir Talk To My Manager 2 (TTMM2) akhirnya melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pasangan Adira dan Anggrek dinobatkan sebagai juara musim kedua program tersebut.

Kejayaan itu diraih hasil persembahan penuh bertenaga menerusi lagu Aku Stacy dan Sutera yang turut menampilkan penyanyi Aisha Retno sebagai artis jemputan.

Aksi memukau yang dipersembahkan Anggrek berjaya memikat hati juri dan penonton sekali gus meletakkannya di kedudukan teratas, mengatasi saingan sengit daripada Hussain, Cik B, Azeva dan Kim Khairii.

Hasil kemenangan tersebut, Adira dan Anggrek  membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.

Bukan sahaja wang tunai malah mereka turut membawa pulang hadiah berupa emas tajaan Payang Jewellery dan pakej penginapan tajaan Seri Facific Hotel Kuala Lumpur.

Selain itu, Anggrek juga menerima peruntukan pegurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah single.  

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu Grand Finale: 

Safura X Kim Khairii - Berhenti Berharap & Ayuh

Datuk AC Mizal: Awak ada bakat nyanyi lagu balada dan rap. Ada tempo lari sedikit. Aman RA ada lari sedikit tapi awak maintain. 

Datuk Syafinaz: Kalau saya lihat persembahan minggu pertama dan minggu ini memang berbeza. Awak memang mewarisi bakat daripada ibu bapa. Ada isu tempo untuk lagu pertama dan kedua. Tapi keseluruhan saya nampak perubahan yang sangat baik. Teruskan usaha untuk perbaiki suara anda. 

Che Puan Sarimah: Terima kasih kerana berkongsi anak you yang macam cameleon, sebab boleh nyanyi macam-macam lagu.  


Adira X Anggrek -  Aku Stacy & Sutera

Che Puan Sarimah: Tahniah! Kali kedua kita berjaya alih mata dari bintang sebenar, awak baru umur 9 tahun, dalam 10 tahun kalau dah asuh we are so lucky sebab kita akan dapat lihat perjalanan awak. Tapi awak jadi diri sendiri sebab artis yang berjaya ada identiti sendiri. 

Hael Husaini: Awak memang ditakdirkan untuk berada di atas pentas. Awak menjadi kesayangan Malaysia sebab keikhlasan awak bila buat persembahan. Awak jadi Anggrek berumur 9 tahun yang cuba beri persembahan terbaik. 

Datuk Syafinaz: Persembahan ini sangat bagus, bukan mudah untuk ada anak berusia 9 tahun untuk buat ini. Bagi saya a little bit messy, kalau awak ada masa yang lebih mesti awak akan lebih baik tapi ia tidak bermakna awak tak bagus. Manager sila hantar anak awak ke kelas muzik. 


Dato’ A.Aida X Azeva - Titanium & Muara Hati

Datuk AC Mizal: Malam ini macam tengok konsert awak, bila awak nyanyi dengan Hafiz saya agak risau tapi saya rasa malam ini awak buat sangat baik. Memang sukar juga menyanyi lagu Sia tapi saya terpukau dengan persembahan awak. 

Hael Husaini: Ini bukan persembahan terbaik awak tetapi bagaimana awak handle situasi atas pentas saya perlu bagi kredit, saya boleh nampak effort awak. 

Datuk Syafinaz: Apa yang menyerlah awak adalah penggunaan pentas awak, Manager kena labur lebih sikit untuk pembelajaran vokal, bila awak nyanyi lagu Titanium saya tertanya kenapa awak pilih lagu susah, tapi saya rasa awak dah buat yang terbaik. Awak ada potensi yang besar untuk jadi artis. 

Jamilulhayat X Hussain - Sumpah Dan Cinta Matiku & Kisah Ku Inginkan

Datuk Syafinaz: Walaupun tak sihat tapi awak cuba untuk berada disini. Saya tahu awak adalah peserta yang akan ada di pentas akhir. Apa yang saya perlu anda lakukan perlu kemaskan teknik dan cari apa kelebihan dalam industri. Manager awak dah lakukan tugas dengan baik. 

Che Puan Sarimah: Saya sangat bangga dengan Pak Hayat. Emotional intelligent awak sangat baik. Awak tahu bila nak masuk dan keluar. Awak dah lakukan dengan baik. You are on top. 

Dato’ Sri Vida X Cik B -  Bohemian Rhapsody & Haa Tepok

Datuk Syafinaz Selamat: Kalau macam ni punya preparation saya pun nak jadi adik angkat mak awak. Kerana awak satu inspirasi jadi tunjukkan kepada anak-anak muda luar sana kalau nak sesuatu mereka perlu kerja keras cuma dalam nyanyian kita ada elemen keempat adalah lirik, jadi bila nyanyi english sebutan perlu macam orang putih, nak jadi rapper kena jaga tempo. Manager kena labur lebih sikit hantar dia ke kelas nyanyian. 

Hael Husaini: Cik B awak adalah one and only, awak bukan seorang vokalis yang hebat tapi awak tahu nak bagi persembahan yang baik. 

Datuk AC Mizal: Awak adalah seorang penghibur. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement