Skip to main content

Rancangan TV

Talk To My Manager: Reda Tersingkir, Sharifah Zarina & Athalia Sebenarnya Dah Lama…

TTMM

Bintang Talk To My Manager (TTMM), Sharifah Zarina & Athalia akui sudah bersedia untuk tersingkir selepas tiga kali berada di kedudukan terbawah. 

Memetik laporan Hlive, Sharifah Zarina meluahkan rasa lega kerana anaknya meninggalkan pentas TTMM selepas memberikan persembahan terbaiknya.

“Kami sebenarnya dah bersedia sebab bila dah jadi bottom 3 tiga kali berturut-turut, dulu mungkin rasa alamak apa ni tapi kali ini kami sudah pun bersedia. 

“Tapi bila tengok dia tersingkir malam ni meskipun saya nampak dia buat yang bagus malam ni, saya macam terkejut juga. Tapi tak mengapa sebab dia tersingkir tanpa buat sebarang kesalahan. 

“Kalau tersingkir buat kesalahan lagi macam-macam orang akan cakap,” katanya. . 

Menyanyikan lagu Mamma Mia nyanyian asal ABBA, Sharifah Zarina & Athalia memperoleh 64 peratus markah secara keseluruhan. 

Sharifah Zarina & Athalia berada di kedudukan tiga terbawah bersama Ina Naim & Hadie dan Sharifah Shahirah & Auddra.

Sementara itu, Liza Hanim & Marsya pula berjaya menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan 94.67 peratus. 

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.

Advertisement

Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Must-Watch Video

Advertisement