Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kagum terhadap program realiti terbaharu, Talk To My Manager, yang kini mula mencuri perhatian penonton.
Menurut Uyaina, idea yang diketengahkan dalam rancangan tersebut cukup segar kerana berjaya menonjolkan bakat sebenar generasi muda tanpa berselindung di sebalik nama besar keluarga.
“Siapa yang tampil dengan konsep Talk To My Manager ni memang sangat bijak! Selalunya orang suka mengejek atau mempersoalkan kedudukan ‘nepo babies’ (anak artis atau figura ternama) dengan mengatakan mereka berjaya kerana laluan lebih mudah.
Advertisement
“Tapi rancangan ini membuktikan sebaliknya kerana ia menampilkan bakat mentah mereka yang benar-benar tulen. Saya sangat sokong idea sebegini,” katanya.
Dalam pada itu, Uyaina juga rancangan itu turut melibatkan ibu bapa sebagai pengurus kepada anak-anak mereka, sekali gus menambah elemen unik dan penuh kejutan.
“Bila ibu bapa sendiri digandingkan sebagai pengurus, memang ‘wow’! Memang seronok tengok berbakat betul budak-budak ni” tambahnya lagi.
Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut menyuarakan pandangan yang sama, menganggap rancangan tersebut memberi kelainan berbanding program realiti lain.
“Setuju!!! dulu tgk mak ayah dorang now tengok anak2 pula so talented and all the best for them!!
“Kannn 🩷 finally ada program yg lain drp yg lain.
“Kann saya dah jarang tgk show mcm ni. Tapi kali ni terikut pulak. Sebab suka dgr suara Amad
“Yesss, lepas week 1 tak sabarr next week! I just wish Amayan pun join, manatau week by week dia makin improve vokal.
“Saya pun suka rancangan ni..saya suka pak nil jadi host,” tulis netizen