Penampilan penyanyi antarabangsa terkenal, Beyoncé, yang tampil berhijab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Qatar baru-baru ini menarik perhatian ramai di media sosial.
Menerusi satu foto yang tular, penyanyi lagu Halo itu kelihatan anggun mengenakan abaya hitam, berselendang hitam dan kaca mata gelap,
Advertisement
Difahamkan, suaminya yang juga penyanyi rap, Jay-Z, turut berada bersamanya ketika lawatan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen di platform TikTok, rata-rata warganet memuji gaya sopan Beyoncé dan menganggap imej berhijab itu sangat sesuai dengannya.
“Dia nampak sangat cantik bila berhijab
“Disebabkan berada di negara itu, dia perlu berpakaian sopan. Tapi saya pasti dia tak kisah, malah boleh keluar seperti orang biasa.
“Dia sebenarnya tak wajib berpakaian sopan begitu, mungkin dia buat untuk menyesuaikan diri dengan suasana tempatan.
Saya suka sebab dia hormat undang-undang
“Dia nampak macam cikgu Bahasa Arab saya masa sekolah rendah,” komen beberapa netizen.