Skip to main content

Hiburan

Tawaran Berlakon Indonesia Masih Ada, Riena Diana Dedah Keith Foo Tolak Demi…

Tawaran Berlakon Indonesia Masih Ada, Riena Diana Dedah Keith Foo Tolak Demi…

Sekilas

  • Pelakon Keith Foo memilih untuk terus berkarier di Malaysia selepas hampir 10 tahun berlakon di Indonesia kerana mahu cabaran baru dan dekat dengan keluarga.
  • Walaupun masih menerima tawaran berlakon di Indonesia, Keith menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan anak perempuannya, Skylar.
  • Keith kini menjalinkan hubungan dengan pelakon Riena Diana selepas mereka mula rapat ketika bekerjasama dalam sebuah drama.
Advertisement

Pelakon Riena Diana mendedahkan kekasihnya yang juga aktor, Keith Foo masih menerima tawaran berlakon di Indonesia, namun memilih untuk menolaknya kerana enggan berjauhan dengan anak perempuannya, Skylar.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Riena berkata, dia pernah bertanyakan sebab Keith memilih untuk kembali membina kerjaya di Malaysia selepas hampir sedekad mencipta nama dalam industri hiburan Indonesia.

Advertisement

“Saya sebenarnya pernah tanya Keith kenapa pilih untuk balik Malaysia selepas berlakon di Indonesia? Dia dah buat nama dan dah berlakon sinetron serta filem. Tapi kenapa?

“Dia jawab, ‘Saya cuma nak keluar daripada zon selesa dan mahukan pengalaman serta cabaran baharu di Malaysia sebab dah 10 tahun dekat sana’,” katanya.

Menurut Riena, perancangan asal Keith sebenarnya hanya pulang ke Malaysia bagi menjayakan sebuah projek sebelum kembali meneruskan kerjaya di Indonesia.

Bagaimanapun, rezeki berpihak kepadanya apabila terus menerima tawaran lakonan secara berturut-turut selain mahu berada lebih dekat dengan ibu bapanya.

“Sebenarnya dia sepatutnya balik sini untuk satu kerja sahaja, tapi selepas itu rezeki dapat lagi tawaran secara ‘back-to-back’.

“Jadi mungkin dia rasa sudah tiba masanya untuk buat penggambaran di Malaysia pula. Dia juga cakap ibu bapanya dah tua, jadi dia buat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia,” jelasnya.

Lebih menyentuh hati, Riena memberitahu Keith sehingga kini masih menerima tawaran untuk kembali menjalani penggambaran di Indonesia.

Namun, aktor tersebut memilih untuk menolak tawaran berkenaan demi anak perempuannya.

“Sebenarnya sampai hari ini dia masih dapat tawaran untuk buat penggambaran di sana tetapi dia tolak sebab anak.

“Dia tak nak jauh daripada Sky,” kongsinya.

Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan model Kim Raymond pada 2015 sebelum bercerai pada 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar yang kini berada di bawah penjagaan bersama kedua-dua ibu bapanya.

Keith kemudian mengesahkan hubungan cintanya dengan Riena pada 2024 selepas kedua-duanya mula rapat ketika bekerjasama dalam sebuah drama.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement