Skip to main content

Hiburan

Taz Skylar Pilih Nasi Kerabu Berbanding Nasi Lemak, Netizen Terus ‘On’ - “Semua Akan 'Kelantan' Di Penghujungnya…”

Daniel Cheang

Pelakon siri One Piece, Taz Skylar menyorot perhatian netizen selepas memilih nasi kerabu berbanding nasi lemak sekiranya watak Sanji yang dimainkannya membuka restoran di Malaysia.

Menerusi temu bual bersama pengacara, Daniel Cheang, Taz secara spontan memilih hidangan tradisional dari Pantai Timur yang mempunyai nasi berwarna biru serta pelbagai ulam dan kelapa parut berempah.

"Oh tuhan, bila dengar ada kelapa, nasi berwarna biru.. saya mahu," kata Taz yang kelihatan teruja selepas mendengar penerangan ringkas tentang nasi kerabu.

Perbualan itu tidak berhenti di situ apabila Taz turut ingin tahu bagaimana nasi tersebut boleh berwarna biru.

Daniel menjelaskan bahawa warna tersebut datang daripada bunga telang atau blue pea flower yang digunakan secara tradisional dalam masakan tersebut.

Mendengar penjelasan itu, Taz kelihatan semakin kagum apabila mengetahui bahawa hidangan tersebut sebenarnya merupakan makanan warisan.

"Adakah ini makanan baharu atau tradisional?

"Oh iya? jadi saya pilih yang itu. Ada tak orang nak masakkan untuk saya bila saya ke sana," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak sangka pelakon itu akan memilih Nasi Kerabu sebagai pilihannya.

Lebih menarik ada yang berseloroh, tidak sabar untuk ke restorannya jika ada di Malaysia.

"Kasi sanji masak nasi kerabu.

"Dalam OP dia panggil Rice to Wednesday, Sanji. nanti suruh dia masak atas kapal bg mat luffy rasa.

"Semua akan kelantan di penghujungnya.

"Im coming for the Taz Skylar nasi kerabu.

"Taz restaurant be like "All Blue", get it?

"Lesgoo abe Sanji kitoo.

"Sanji kalu jadi kelantan akan panggil sanjey ko? 😂

"Nasi Kerabu on top," komen netizen.
 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement