Skip to main content

Hiburan

Terbalikkan Tangan Ketika Membaca Doa Di Majlis Pernikahan Bella Astillah & Syed Saddiq, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Beri Penjelasan

Terbalikkan Tangan Ketika Membaca Doa Di Majlis Pernikahan Bella Astillah & Syed Saddiq, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Beri Penjelasan

Sekilas

  • Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri jelaskan tindakan menterbalikkan tangan ketika membaca doa di majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah berdasarkan hadis dan amalan ulama.
  • Beliau merujuk hadis Nabi SAW yang menunjukkan sunat mengangkat tangan dengan bahagian belakang tapak tangan menghadap langit ketika berdoa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit.
  • Majlis akad nikah berlangsung di Merdeka 118 Precinct dengan tema Islamic Arabic, dihadiri 255 jemputan dan menampilkan busana rekaan pereka fesyen Zaimi Zulkafli.
Advertisement

Tindakan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menterbalikkan tangannya sewaktu membaca doa di majlis pernikahan Syed Saddiq Badul Rahman dan Bella Astillah telah menjadi bualan dan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Terbaharu, Dr Zulkifli yang merupakan jurunikah pada majlis tersebut tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya itu menerusi satu perkongsian di Threads.

Advertisement

Perjelas Dr Zulkifli, perbuatan tersebut dilakukan adalah sewaktu dirinya membaca doa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit.

Dr Zulkifli turut berkongsi hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA mengenai tindakan menterbalikkan tangan ketika berdoa.

“Perkara itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Nabi ﷺ memohon hujan, lalu Baginda mengisyaratkan ke arah langit dengan belakang kedua-dua tapak tangannya’z (Hadis riwayat Muslim, no. 895),” kongsinya.

Advertisement

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata hadis berkenaan menjadi sandaran ulama dalam membincangkan keadaan tertentu ketika berdoa dengan membalikkan tangan, terutama bagi memohon agar kesusahan diangkat dan keadaan buruk diubah dengan rahmat Allah SWT.

“Malah, Imam al-Nawawi RA turut menjelaskan perkara tersebut dalam kitab Syarh Sahih Muslim yang menjelaskan bahawa, ‘Sebahagian ulama dalam kalangan kami dan selain mereka berpendapat bahawa sunat bagi doa untuk mengangkat bala seperti kemarau dan seumpamanya, seseorang mengangkat kedua-dua tangannya dengan bahagian belakang tapak tangannya menghadap ke langit’, “ tambahnya lagi.

Terdahulu, tindakan beberapa tetamu yang hadir pada majlis pernikahan Bella dan Syed Saddiq menterbalikkan tangan ketika doa dibacakan tular dan menjadi persoalan dalam kalangan netizen di media sosial.

Situasi itu kemudiannya mengundang rasa ingin tahu netizen, malah ada antara mereka yang tampil berkongsi penjelasan masing-masing mengenai amalan tersebut.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan Dr Zulkifli dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli. 

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.  

Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement