Sekilas
- Hael Husaini mengucapkan terima kasih kepada Dayang Nurfaizah kerana meneruskan persembahan lagu ciptaannya, Lemah, di AJL40 walaupun dalam keadaan kesihatan kurang baik.
- Hael memuji usaha Dayang dan mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh.
- Dayang Nurfaizah merupakan salah seorang finalis AJL40 bersama artis lain seperti Marsha, Aisha Retno, Amir Masdi, KOI, dan Aina Abdul.
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyayi, Dayang Nurfaizah selepas menyanyikan lagu ciptaanya iaitu Lemah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Menerusi hantaran di Threads, Hael memberi penghargaan kepada Dayang kerana tetap meneruskan persembahan meskipun kondisi kesihatan tidak begitu bagus.
“Terima kasih Dayang, masih teruskan persembahan walaupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Haram itu juga menyatakan Dayang sudah buat yang terbaik dan mendoakan kesembuhannya.
“Good job and you did great, Get Well Soon," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut mendoakan kesihatan Dayang agar kembali pulih.
Terdahulu, Dayang Nurfaizah tampil sebagai finalis AJL40 dengan menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini iaitu Lemah.
Selain Dayang turut bersaing di pentas itu adalah Marsha, Aisha Retno, Amir Masdi, KOI, dan Aina Abdul.