Sekilas
- Abe Wee meluahkan rasa kesal terhadap komen berbaur penghinaan yang diterimanya di media sosial.
- Walaupun komen tersebut dibuat menggunakan akaun palsu, Abe Wee memberi amaran bahawa tindakan akan diambil.
- Individu yang meninggalkan komen tersebut telah memadamkan komen selepas mendapat perhatian Abe Wee.
Pempengaruh media sosial, Abe Wee meluahkan rasa kesal terhadap seoramg individu yang telah meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap dirinya di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Abe Wee meskipun individu berkenaan didakwa menggunakan akaun palsu namun, tidak bermakna seseorang itu boleh terlepas daripada sebarang tindakan.
Malah abang kepada pempengaruh Mek Yun ini juga memberi bayangan akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
“Kamu boleh delete semua post dan komen-komen tadi tapi jangan ingat boleh terlepas.
“Jangan ingat dengan delete post atau guna "fake account" boleh terlepas daripada sebarang tindakan,” kongsi Abe Wee.
Terdahulu, seorang individu dipercayai meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap Abe Wee menerusi platform Threads.
Bagaimanapun, komen tersebut telah dipadam selepas mendapat perhatian Abe Wee.
Sumber: Threads