Skip to main content

Hiburan

Terima Pelawaan Pergi Bazar Ramadan, Que Haidar Hadiahkan Jambangan Bunga Buat Fazura - "Awak Bagi Bunga Besar Ni..."

Nur Fazura

Pelakon, Que Haidar mencuri perhatian netizen selepas menghadiahkan jambangan bunga kepada aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura.

Menerusi satu hantaran di Instagram Jakel, Que dilihat memberikan jambangan bunga ros berwarna merah jambu kepada Fazura sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima pelawaannya untuk berkunjung ke bazar Ramadan bersama.

"Terima kasih sebab nak pergi bazar Ramadan dengan saya,” kata Que.

Tindakan itu nyata membuatkan Fazura terkejut dan tersipu malu.

“Sebab nak pergi bazar ramadan awak beli saya bunga? Sebab nak pergi bazar awak bagi saya bunga besar ni?” balas Fazura terkejut lalu tersimpu malu.

Malah pelakon filem KL Menjerit itu sempat berseloroh mengatakan jika Fazura merasakan pemberian tersebut tidak serius, dia boleh sahaja berkongsi bunga berkenaan dengan orang lain.

“Kalau awak rasa tak serius awak boleh kongsi,” ujar Que.

“Tak nak ini saya punya,” balas Fazura lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat terhibur melihat momen manis tersebut.

Ada yang memuji sikap gentleman Que, tidak kurang juga yang menyifatkan kedua-duanya kelihatan serasi dan ‘sweet’.

“Ya Allah, senyum aku yang sampai ke telinga ye. Adoii cutenyerrr lah.

“Pandai yer bagi Fatima bunga dulu then baru Mummy Fatima. Apa pun, happy bila tengok dorang happy. Bahagia cara mereka.

“Tu baru nak pergi bazar ramadan tu dpt bunga besor tu…. Kalau pi nikah, besor mana pulak tu.

“Seorang wanita bahagia....seluruh wanita juga bahagia.

“Waaaaaa😍😍😍😍 sooo sweet! 🩷

“Sweet la korang.

“Jangan lama-lama, saya penat senyum sorang ni,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement