Skip to main content

Hiburan

Terlalu Awal Letak Syed Saddiq Sebagai ‘Benchmark’, Tun M & PMX Patut Jadi Contoh - “Waktu Cinta Kentut Memang…”

Dr. Malar

Personaliti media sosial, Dr. Malar menyorot perhatian netizen selepas tidak bersetuju dengan kenyataan seorang individu yang meletakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebagai ‘benchmark’ menjadi seorang lelaki.

Menurut Dr. Malar atau nama penuhnya Malar Santhi Santherasegapan berpendapat penilaian itu terlalu awal dibuat.

“I will take Tun M & Datuk Seri Anwar Ibrahim 8 times a week and twice Sunday as a benchmark of how to treat their woman. 

"Im a fan of BASS too but nak jadikan benchmark tunggu depa kahwin dan hidup sekurang-kurangnya 10 tahun then baru boleh consider,” tulisnya.

Tambah Dr. Malar, cinta dan perkahwinan adalah dua perkara berbeza yang tidak boleh dijadikan ukuran secara mudah.

“Cinta dengan kahwin adalah lain, waktu cinta memang kentut pun indah dan kahwin semuanya berkongsi baru reality will kick in,” tambahnya.



Bagaimanapun, menerusi tinjauaan Gempak Dr. Malar difahamkan telah memadam hantaran berkenaan.

Namun, netizen sempat menangkap layar dan kembali berkongsi hantaran tersebut di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat bersetuju dengan pandangan yang diberikan olehnya.

“Agree dengan Dr. Malar….BASS is nothing….semua laki boleh jadi syed sadiq, sebelum kawen.

“Yup.. kita suka atau tak pada Tun M & DSAI, both of them can be a good role model on marriage.

“I honestly agree with Dr Malar. Married and couples are two different worlds. I like BASS and hope the best for them.

“Kalo brenchmark, berbanding BASS, elok lagi Johan dgn Ozlynn. Tgk mereka didik anak2..happy family

“I have to agree with Dr Malar! Tun M is a real man,” komen netizen.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement