Skip to main content

Indonesia

Terlupa Sedang Berpuasa, Mahalini Rasa Masakan Sendiri: “Maafkan Aku Ya Allah”

Astro Gempak mahalini cicip

Sekilas

  • Mahalini, yang baru memeluk Islam selepas berkahwin dengan Rizky Febian, mengalami situasi lucu ketika memasak juadah berbuka puasa secara langsung di TikTok.
  • Dia secara tidak sengaja mencuba masakannya ketika berpuasa dan segera memohon maaf selepas menyedari kesilapan itu.
  • Keadaan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang terhibur dan memuji usaha Mahalini meneruskan ibadat puasanya.
Advertisement

Penyanyi Mahalini yang baru memeluk Islam selepas berkahwin dengan Rizky Febian pada 2024 berdepan situasi lucu saat menyediakan juadah berbuka puasa baru-baru ini.

Kejadian lucu tersebut turut disaksikan oleh peminat yang menonton siaran langsung miliknya di Tik Tok.

Advertisement

Mahalini saat itu dilihat sedang asyik memasak juadah berbuka puasa. Dia diketahui memasak ayam sambal matah di dapur dengan ditemani penjaga anak perempuannya, Salina.

Sewaktu sedang asyik memasak, Mahalini tiba-tiba mencuba atau mencicip sedikit makanannya untuk mengetahui adakah telah mendapat rasa yang betul sebelum dihidangkan.

Malah pelantun lagu Sial itu turut mengajak penjaga Salina untuk mencuba masakan yang dimasak sebelum ditegur bahaya dia sedang berpuasa.

Reaksi wajah Mahalini pun berubah dan dia terdiam sejenak selepas menyedari telah secara tidak sengaja merasa makanan saat menjalani ibadat puasa.

Dengan spontan, Mahalini kemudian berkata: “Ya Allah, maafkan saya ya Allah.”

Aksi tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Ramai yang lucu dengan kejadian tidak sengaja itu dan memuji sikap Mahalini yang masih meneruskan ibadat puasa sehingga waktu berbuka.

Sebelum memeluk Islam, Mahalini merupakan penganut Hindu. Ini merupakan tahun kedua dia menjalani ibadat puasa sebagai Muslim.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement