Skip to main content

Hiburan

Ternoktahnya Cinta Kamal Adli & Uqasha Senrose, Ini Kronologi Kisah Rumah Tangga Mereka 

Kamal Adli

Selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan, hubungan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya ternoktah dengan perceraian. 

Rumah tangga pasangan selebriti itu berakhir selepas Kamal Adli melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd. Ali.

Berikut merupakan kronologi lengkap perjalanan cinta, perkahwinan dan perceraian pasangan selebriti ini: 

 

Detik-detik awal percintaan (2019 - 2020)

Bibit-bibit cinta antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli didakwa berputik apabila kedua-duanya digandingkan sebagai pelakon utama dalam drama popular, Setelah Terlafaznya Akad (arahan Michael Ang) pada tahun 2019.

Gandingan mesra di dalam drama tersebut ternyata menjadi apabila ada peminat menyuarakan hasrat untuk melihat mereka bercinta.

Senang bekerjasama dengan Uqasha, Kamal gembira kerana keserasian mereka membuatkan peminat terhibur.

Tambah Kamal, penggambaran yang berlangsung selama lima bulan juga membuatkan semua krew mempunyai hubungan baik bagaikan satu keluarga besar.

 

Kamal lamar Uqasha di AME2020 (20 Disember 2020)

Pelakon, Kamal Adli membuat kejutan ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME20) apabila melamar Uqasha Senrose. 

Terdahulu, tindakan berkenaan disangka gimik oleh penonton yang menyangka ia sebahagian daripada atur cara program.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.

Situasi bertambah menarik apabila Uqasha yang sebelum ini pernah digandingkan bersama Kamal menerusi beberapa siri drama menerima lamaran tersebut lalu cincin disarungkan ke jarinya.


 

Kamal Adli & Uqasha selamat ikat tali pertunangan (5 April 2021)

Uqasha Senrose dan Kamal Adli kemudian selamat melangsungkan pertunangan pada5 April 2021. 

Menurut sumber, majlis merisik dijalankan serentak dan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Majlis hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu.

Bagaimanapun, perancangan perkahwinan mereka terpaksa ditunda beberapa kali akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.
 

 

Selamat ke jenjang pelamin (November 2021)

Pasangan ini kemudian bernikah secara rahsia pada November sebelum memaklumkan kepada media sebula selepas itu. 

Selamat bernikah pada 5 November 2021, Kamal dan Uqasha memaklumkan, majlis akad nikah mereka telah diadakan secara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang. 

Hanya dua kali lafaz, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.


 

Dugaan awal perkahwinan Kamal & Uqasha (2022 - 2023)

Keguguran Pertama (2022): Tidak lama selepas berkahwin, Uqasha mendedahkan dia mengalami keguguran ketika menunaikan umrah bersama Kamal. Kandungan ketika itu berusia sekitar dua bulan.

Insiden Berdarah (Mac 2023): Pasangan ini diuji dengan hebat apabila Kamal Adli diserang dan dipukul menggunakan cota oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah acara ekspo di Singapura. Kamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan perlu menjalani pembedahan. Uqasha mengalami trauma akibat kejadian tersebut.
 

Timang cahaya mata pertama (April 2024) 

Selepas empat tahun menanti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat menimang cahaya mata pertama pada 27 April 2024. 

Dalam hantaran sama, Uqasha turut berkongsi nama puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira.

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli (Oktober 2025) 

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya terjawab apabila pelakon wanita itu dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa anak guamnya nekad memfailkan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman dan tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga yang berlarutan sejak April lalu.

Tambah beliau, tiada usaha dilakukan oleh pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan perkahwinan tersebut.

Sepanjang prosiding perceraian berlangsung, Uqasha jmendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan aktres itu juga mendedahkan bahawa dia terkejut kerana tidak dimaklumkan mengenai tarikh dan masa sebenar perkahwinannya.

Bagaimanapun, Selepas timbul pelbagai spekulasi, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akhirnya tampil mengesahkan status pernikahan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, sah mengikut hukum syarak.

Kamal Adli juga menafikan dakwaan melakukan keganasan terhadap Uqasha Senrose.

Menurut Kamal, dia berani bersumpah dan menjunjung Al-Quran terhadap dakwaan mendera dan memukul sepanjang perkahwinan mereka.

 

Sah Cerai Talak Satu (12 Januari 2025) 

Rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin. 

Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Adli, 39, melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd. Ali.

Perceraian itu berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Must-Watch Video

Advertisement