Skip to main content

Hiburan

Tertukar Ketika Bayi, Dua Wanita Bertemu Semula Selepas 37 Tahun

Memetik South China Morning Post berdasarkan laporan China Newsweek, Huang Xiaoli dan Li Hui dilahirkan dengan jarak hanya 55 minit di Qingyuan People’s Hospital, Guangdong pada Oktober 1989.

Sekilas

  • Dua wanita di China, Huang Xiaoli dan Li Hui, baru sedar mereka tertukar ketika dilahirkan 37 tahun lalu di hospital yang sama di Guangdong.
  • Kedua-duanya membesar dalam keluarga berbeza dengan latar belakang ekonomi berbeza tanpa mengetahui identiti sebenar mereka sehingga ujian DNA dilakukan pada 2022.
  • Mereka kini menuntut pampasan RM6.8 juta daripada hospital dan prosiding kes dijadualkan pada 13 Ogos 2025.
Advertisement

Dua wanita di China tidak menyangka bahawa mereka sebenarnya tertukar ketika dilahirkan 37 tahun lalu.

Memetik South China Morning Post berdasarkan laporan China Newsweek, Huang Xiaoli dan Li Hui dilahirkan dengan jarak hanya 55 minit di Qingyuan People’s Hospital, Guangdong pada Oktober 1989.

Advertisement

Lebih mengejutkan, kedua-duanya membesar di kawasan yang sama dengan jarak kediaman hanya kira-kira empat kilometer, namun menjalani kehidupan berbeza tanpa mengetahui mereka adalah bayi yang tertukar selepas dilahirkan.

Ketika kejadian, jururawat sempat menunjukkan kedua-dua bayi kepada ibu masing-masing sebelum membawa mereka ke bilik bayi.

Namun, ketika itu wad bersalin hospital berkenaan belum menggunakan gelang pengenalan bayi dan identiti hanya dibezakan menerusi kad nama yang diletakkan dalam selimut masing-masing.

Huang membesar dalam keluarga yang lebih berada apabila ibu bapa angkatnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut, Huang menjalani ujian DNA pada 2022, namun keputusan ujian itu mendedahkan bahawa pasangan yang selama ini dianggap ibu bapanya sebenarnya bukan keluarga kandungnya.

Huang kemudian mendapatkan bantuan polis untuk mencari keluarga biologinya dan pada April 2025, pencarian itu menemui titik akhir apabila dia berjaya menemui keluarga kandungnya.

Pada masa sama, dia mengetahui Li Hui dipercayai merupakan bayi yang tertukar dengannya akibat kesilapan pengenalan di hospital berkenaan.

Berbeza dengan Huang, Li dibesarkan dalam keluarga yang mengusahakan kedai runcit kecil dan berdepan kesukaran kewangan sejak kecil.

Ketika Li masih di sekolah rendah, bapanya kehilangan wang simpanan keluarga akibat penipuan pelaburan menyebabkan ibu bapanya terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan.

Li kemudian berhenti sekolah menengah bagi membantu keluarga dengan bekerja sebagai pemandu pelancong, penyambut tetamu hotel dan jurujual.

Tekanan hidup serta tempoh bekerja panjang memberi kesan kepada kesihatannya sehingga dia mengalami masalah darah dan menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroid.

Pertemuan pertama Huang dan Li berlaku di sebuah kafe, yang disifatkan kedua-duanya sebagai pengalaman mendebarkan, gementar dan sedikit janggal.

Kedua-duanya memilih untuk terus menjalinkan hubungan dengan keluarga yang membesarkan mereka.

Li berkata, ibu angkatnya tidak mempunyai pencen dan masih bergantung kepadanya, manakala ibu angkat Huang pula tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga lain.

Kedua-dua wanita itu kemudian meminta salinan sijil kelahiran daripada pihak hospital, namun dimaklumkan rekod berkenaan tidak dapat ditemui.

Mereka turut diberitahu sebahagian kakitangan yang terlibat dalam kejadian itu sudah bersara, manakala sebahagian lagi telah meninggal dunia.

Kini, Huang dan Li menuntut pampasan berjumlah 2.6 juta yuan (kira-kira RM6.8 juta) daripada pihak hospital, dengan prosiding kes dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement