Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Tewas Di Acara Sulung Boxing Jakarta, Zarina Anjoulie Puas - “Kalah Pun Tak Apa…”

Tewas Di Acara Sulung Boxing Jakarta, Zarina Anjoulie Puas - “Kalah Pun Tak Apa…”

Sekilas

  • Pelakon Zarina Anjoulie berpuas hati dengan penampilan sulungnya dalam sukan tinju walaupun tewas kepada DJ Anggun di Jakarta Boxing Open Vol. 5.
  • Dia menganggap pengalaman bertinju itu sangat berharga dan berterima kasih kepada penyokong yang hadir memberikan semangat di Jakarta.
  • Anju berjanji akan terus berlatih dan menyifatkan malam pertarungan tersebut sebagai antara detik terbaik dalam hidupnya.
Advertisement

Pelakon Zarina Anjoulie mengakui berpuas hati dengan penampilan sulungnya dalam sukan tinju meskipun tewas kepada pempengaruh Indonesia, DJ Anggun pada acara Jakarta Boxing Open Vol. 5 Special Influencer Fight.

 

Advertisement

 Menerusi perkongsian dalam Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menyifatkan perlawanan tersebut sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan.

 

“Permainan yang bagus walaupun saya kalah.

Advertisement

“Tahniah kawan, @anggunmaharani05. Tapi saya tak akan berhenti. Saya tetap akan terus berlatih.

“Baru saya tahu naik gelanggang ini memang gementar gila,” katanya.

Dalam masa sama, Anju turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyokong yang hadir memberikan semangat sepanjang berada di Jakarta.

“Terima kasih kepada semua pengikut yang menyokong saya dan terima kasih kepada semua yang ada di Jakarta sebab ramai tolong Anju di sini.

“Bayangkan saya datang seorang diri macam koboi semata-mata nak rasa pengalaman bertinju ini.

“Ia satu pengalaman yang sangat hebat. Memang kita akan buat lagi,” ujarnya.

Pelakon filem Ular itu turut menyifatkan malam pertarungan tersebut sebagai antara detik terbaik dalam hidupnya.

“Antara malam terbaik dalam hidup saya.

“Memang satu pengalaman yang luar biasa dapat membuat penampilan sulung di Jakarta,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Karrimor Mens Mens Sierra WeatherTite Waterproof Jacket (Black) - Sports Direct

Karrimor Mens Mens Sierra WeatherTite Waterproof Jacket (Black) - Sports Direct

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

Must Watch Video

Advertisement