Personaliti media sosial, Chazynash menafikan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selepas bercerai dengan bekas isterinya, Fatin Morat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Chazynash berkata dia terpaksa bersuara bukan kerana mahu memburukkan sesiapa sebaliknya dia mahu membersihkan nama serta menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.
"Dengan penuh rasa berat hati, izinkan saya bersuara pada hari ini untuk membershkan nama saya. Saya ingin jelaskan awal-awal, kenyataan ini bukan bertujuan memburukkan bekas isteri, tetapi kerana saya sudah terlalu lama memilih untuk berdiam diri. Malangnya, semakin saya diam, semakin menjadi jadi tohmahan yang dilemparkan terhadap saya daripada netizen semua, kononnya saya gagal menunaikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab.
"Ampa ka yang tolong bank-in duit nafkah tu? Ampa tau ka berapa jumlah saya bagi nafkah dan belanja untuk anak-anak setiap bulan? Kalau tak tau, maka hari ini saya jelaskan agar semuanya jelas dan biarlah orang ramai menilai dengan adil. Ini first and last saya akan bersuara, sebab saya tak suka drama dan tak ada masa nak layan netizen yang tak bijak.
"Jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang saya tanggung setiap bulan adalah RM8,200. la merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan minum, barang dapur, insurans, internet, bil elektrik, bil air, water dispenser dan upah driver menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.
"Makan tengah hari anak-anak pada setiap hari sekolah pun saya bayar orang untuk masak. Itu belum termasuk bil telefon bekas isteri yang masih saya bayarkan sehingga hari ini. Selain itu, saya juga telah memberikan duit mutaah sebanyak RM100k kepada bekas isteri sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan," tulisnya.
Dalam kenyataan sama, Chazynash turut menyangkal dakwaan kononnya bekas isterinya hidup dalam keadaan susah.
Berikut adalah perkongsian penuh oleh Chazynash di Instagram:
Sekadar info, Chazynash mengesahkan dia sudah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di IG.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.