Skip to main content

Hiburan

Tiga Tahun Berdiam Diri, Intan Najuwa Tuntut Rizman Ruzaini Bayar RM1.3 Juta

Intan Najuwa

Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya membuka mulut berhubung kes saman sivil difailkan suaminya , Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid meminta pereka fesyen itu menyelesaikan jumlah pembayaran RM1.3 juta sebelum 15 Januari 2026.

“Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” katanya.

Dalam pada itu, Intan juga menegaskan kenyataan yang dibuat khusus kepada pihak Rizman Ruzaini tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain.

Sebelum ini, pereka fesyen Rizman Ruzaini enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon itu. 

Salah seorang pengasas jenama tersebut, Rizman menganggap perkara itu biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam isu berkaitan.

Menurut Intan, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun dikatakan mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang. 

Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan oleh Intan.

Must-Watch Video

Advertisement