Skip to main content

Berita Tempatan

Tiga Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Puteri Lily Akhirnya Kembali Berkahwin - "Bukan Senang Anak Nak Terima Orang Baharu"

Astro Gempak lily

Sekilas

  • Pelakon Puteri Lily Lokman sah bergelar isteri kepada Azri Musa dalam majlis di Shah Alam pada 14 Februari lalu selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal.
  • Puteri Lily berkongsi cabaran dan perasaan dalam membuat keputusan berkahwin semula serta memohon doa agar perjalanan baharu mereka dipermudahkan sepanjang Ramadan.
  • Berita perkahwinan ini disambut baik oleh peminat dan rakan selebriti, manakala Puteri Lily sebelum ini pernah berkahwin dengan Aziz M Osman dan dikurniakan dua anak.
Advertisement

Pelakon popular Puteri Lily Lokman kembali membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Azri Musa, dalam satu majlis di Kampung Subang Baru, Shah Alam pada 14 Februari lalu.

Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, Puteri Lily mengakui keputusan untuk berkahwin semula bukan sesuatu yang mudah dicapai, apatah lagi selepas tempoh panjang memberi tumpuan kepada anaknya seorang diri.

Advertisement

Berkongsi detik istimewa melalui hantaran di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu menyentuh soal perasaannya serta cabaran dalam membuat keputusan besar tersebut.

“After 3 years as a single mom, finally I’m taken again.

"Jujur bukan senang nak buat keputusan kerana mungkin sudah terbiasa hidup sendiri. Bukan senang juga untuk Ara terima orang baru dalam hidup kami.

“Tapi Alhamdulillah, ALLAH permudahkan semuanya. Jodoh memang datang waktu kita tak sangka,” tulisnya.

Puteri Lily turut memohon doa dan restu orang ramai sempena bulan Ramadan, agar perjalanan baharu bersama suami serta anak-anak dipermudahkan dan dipenuhi kebahagiaan.

“Sempena berkat bulan Ramadan, saya mohon doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Semoga perjalanan baru ini membawa bahagia untuk saya dan anak-anak,” titipnya lagi.

Berita gembira tersebut disambut baik oleh ramai peminat dan rakan selebriti yang tidak kering menitipkan ucapan tahniah serta doa buat pasangan baru ini.

Untuk rekod, Puteri Lily sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah terkenal, Aziz M Osman pada 6 Jun 2010 sebelum penceraian mereka pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 15, dan Putera Muhamad Aryan, 9.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Must Watch Video

Advertisement