Skip to main content

Hollywood

Tom Holland Mengaku Sudah Kahwin Dengan Zendaya

Astro Gempak tom zendaya

Sekilas

  • Tom Holland mengesahkan dia dan Zendaya sudah berkahwin secara rahsia selepas beberapa bulan spekulasi tersebar.
  • Foto perkahwinan mereka yang tular sebenarnya adalah hasil kecerdasan buatan (AI) dan bukan gambar sebenar.
  • Kedua-dua mereka kini sibuk mempromosikan filem terbaru mereka, The Odyssey dan Spider-Man: Brand New Day.
Advertisement

Setelah beberapa bulan tersebar spekulasi perkahwinan dengan aktres Zendaya, aktor Tom Holland mengakui mereka memang sudah menjadi suami isteri.

Holland mengaku telah berkahwin dengan Zendaya sewaktu berbicara dengan Esquire tentang foto perkahwinan mereka yang dianggap palsu dan merupakan kecerdasaan buat atau AI.

Advertisement

Bintang British itu memberitahu neneknya melihat foto yang menampilkan dia dan Zendaya meraikan perkahwinan mereka di Lake Como, Itali. Selepas melihat foto tersebut, neneknya berfikir tidak diundang ke majlis bersejarah tersebut.

Holland, 30, kemudian ditanya: “Adakah anggota keluarga lain juga bertanya soalan yang sama?”

Lalu dijawab bintang Spider Man itu: “Tidak, kerana semua oda di sana (majlis perkahwinan).”

Advertisement

Apabila diminta mendedahkan perincian majlis perkahwinan yang berlangsung secara rahsia itu dengan bintang berusia 29 tahun itu, Holland menjawab ringkas.

“Itu sahaja maklumat yang anda akan dapat,” katanya.

Berita perkahwinan mereka pertama kali tersebar selepas stylist Zendaya, Law Roach mendakwa bintang itu dan Holland telah berkahwin pada bulan Mac lalu.

“Majlis perkahwinan sudah berlangsung. Anda telah telah terlepas,” katanya.

Holland dan Zendaya kini sibuk mempromosi  filem terbaru mereka, The Odyssey and Spider-Man: Brand New Day,

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement