Skip to main content

Selebriti

Tony Eusoff Puas Hati Dengan Kualiti Bad Cop - “Kalau Di Tangan Jason, Pasti Akan Best”

Tony Eusoff puas hati dengan Bad Cop

Sekilas

  • Pelakon Tony Eusoff berpuas hati membintangi siri premium Astro Originals, Bad Cop, yang diarahkan oleh Jason Chong.
  • Tony percaya kualiti siri ini tinggi dan berharap Bad Cop akan disambung ke musim kedua kerana sambutan positif diterima.
  • Bad Cop adalah adaptasi siri jenayah Jerman yang turut berjaya diadaptasi di India, menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim dan Siti Saleha.

Pelakon, Tony Eusoff menyatakan rasa puas hati dapat membintangi siri premium Astro Originals, iaitu Bad Cop.

Menurut Tony, Bad Cop merupakan antara karya terhebat pengarahnya iaitu Jason Chong dan dia tidak mempunyai sebarang penyesalan terlibat dalam naskhah tersebut.

“Saya sangat berpuas hati dengan kualiti siri ini, antara sebab utama saya terima tawaran Bad Cop adalah disebabkan pengarahnya, Jason Chong.

“Pengarah kesukaan saya, selain itu nakhahnya juga bagus. Pada saya kalau di tangan Jason, filem atau siri itu tidak akan rosak, pasti akan best,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai reaksi positif yang diberikan terhadap siri tersebut, Tony berkata dia berbesar hati sekiranya Bad Cop disambung ke musim kedua.

Bad Cop ni kalau kita tak buat musim kedua, memang macam satu dosa, harus ada musim seterusnya,” katanya.

Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong yang membawa sentuhan visual dan penceritaan premium yang menjadi identiti Astro Originals.

Selain Tony dan Harvinth, Bad Cop turut dibintangi Aiman Hakim, Siti Saleha, Razib Salimin, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Chong.

Bad Cop merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017 dan siri asal ini turut mencapai kejayaan antarabangsa apabila diadaptasi produksi India pada tahun 2024.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement