Skip to main content

Selebriti

Trailer Hak: Tuntut Atau Tunduk Curi Perhatian, Ramai Teruja Lihat Gandingan Syafiq Kyle & Beto Kusyairy - “Satu Frame? Let’s Go!”

Trailer Hak: Tuntut Atau Tunduk Curi Perhatian, Ramai Teruja Lihat Gandingan Syafiq Kyle & Beto Kusyairy - “Satu Frame? Let’s Go!”

Sekilas

  • Filem terbaru arahan Ezrie Ghazali, HAK: Tuntut Atau Tunduk, sudah mencuri perhatian ramai melalui trailer yang mendapat reaksi positif netizen.
  • Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Mimi Lana dan Datuk Fizz Fairuz, yang menaikkan keterujaan penonton.
  • HAK: Tuntut Atau Tunduk akan ditayangkan di pawagam mulai 24 Disember 2026, mengangkat tema realiti kehidupan dan tekanan ekonomi masa kini.
Advertisement

Belum lagi menjengah pawagam, namun filem terbaharu arahan Ezrie Ghazali berjudul HAK: Tuntut Atau Tunduksudah mula mencuri perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan peminat filem tempatan.

Menerusi trailer yang dilancarkan, filem ini menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya teruja melihat gandingan barisan pelakon hebat dalam naskhah berkenaan.

Advertisement

Malah, kemunculan pelakon Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy dalam satu filem turut menjadi antara perkara yang mencetuskan keterujaan penonton.

Malah, nama-nama besar lain seperti Mimi Lana, Kodi Rasheed, Fadhli Masoot, Aziz M Osman, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar dan Datuk Fizz Fairuz juga turut membintangi dilem berkenaan.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Enotech Pictures dan Icon Pictures, serta rakan strategik Etika Sdn Bhd menerusi jenama 7UP dan Mirinda, filem ini dilihat berjaya membuatkan netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan naskhah tersebut di pawagam.

Advertisement

Antara komen yang diterima ialah:

“Syafiq dan Beto in one frame? Let’s go!”

“Alhamdulillah, industri filem Malaysia semakin berani mengangkat suara dan menyampaikan mesej yang bermakna kepada masyarakat. Seni bukan sekadar hiburan, tetapi medium untuk membuka mata, menyedarkan dan mengajak kita berfikir. Teruskan berkarya dan jangan takut menyampaikan kebenaran.”

“Pergh, semua star, wajib pergi panggung.”

Reaksi positif tersebut membuktikan trailer HAK: Tuntut Atau Tunduk berjaya mencetuskan rasa ingin tahu penonton, sekali gus meletakkan filem berkenaan antara karya tempatan yang dinantikan.

HAK: Tuntut Atau Tunduk bakal menemui penonton di pawagam bermula 24 Disember 2026.


Sinopsis:

HAK: Tuntut Atau Tunduk, sebuah drama aksi yang mengangkat realiti kehidupan masa kini, dengan kisah tekanan ekonomi yang semakin meningkat, perjuangan untuk terus bertahan, serta pilihan sukar yang terpaksa dibuat apabila terdesak.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement