Tular di media sosial foto perkahwinan seorang wanita menyerupai anggota kumpulan Dolla, iaitu Sabronzo.
Menerusi perkongsian beberapa netizen di laman sosial Threads, foto wanita menyerupai Sabronzo yang mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis perkahwinan ala barat bersama pasangan lelakinya sedang tersenyum manis.

Advertisement
Disebabkan foto itu, peminat mula mengucapkan tahniah dan ada juga yang masih berteka-teki tentang kesahihan berita tersebut.
Malah mereka juga turut memetik nama DJ popular antarabangsa, Dash Berlin sebagai pasangan wanita itu.
Terdahulu, Sabronzo pernah didakwa menjalin hubungan seorang DJ antarabangsa.
Bagaimanapun Sabronzo tidak menafikan atau mengiyakan mengenai dakwaan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang kerana dia lebih selesa untuk menjaga privasi berkaitan perkara peribadinya.