Skip to main content

Hiburan

U Mobile Persembahkan Pesta Bintang Paling Gempak Raya Ini! ALPHA, Dayang Nurfaizah & Ramli Sarip Antara Yang Memeriahkan ‘Bombastika Raya’ 2026

ASTROGEMPAK Bombastika Raya

Sekilas

  • Program Bombastika Raya 2026 yang disokong oleh U Mobile menampilkan selebriti popular seperti Dayang Nurfaizah, Sharul Kamal, dan Datuk Ramli Sarip sebagai penghibur utama.
  • Rakaman program berlangsung pada 14 Mac dengan aktiviti pemberian hadiah menarik termasuk pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan dan telefon pintar Redmi Note 15 Pro serta Redmi Note 15.
  • U Mobile juga menaja video muzik Duit Raya dan Senyum Gugur Di Hujung Doa, serta menawarkan pelan U Family dengan dua telefon 5G percuma dan data 5G sehingga 1,000GB untuk empat talian.

Program Bombastika Raya 2026 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bakal menghimpunkan barisan selebriti popular tanah air dan menariknya, syarikat telekomunikasi U Mobile tampil sebagai penaja utama.  

Program istimewa itu dikendalikan oleh tiga pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad yang sudah semestinya menceriakan suasana sepanjang rancangan berlangsung. 

Antara artis yang memeriahkan pentas termasuk Dayang Nurfaizah, ALPHA, Sharul Kamal, Mierul Aiman, Marsha Milan, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya Osama Yamani, Haqiem Rusli, Sharifah Syahirah bersama Airra dan Auddra, Nabila Razali, Nubhan, Namie, Naqiu serta legenda rock Datuk Ramli Sarip. 

Rakaman program tersebut telah berlangsung pada 14 Mac lalu dan turut dimeriahkan dengan aktiviti pemberian hadiah kepada penonton yang hadir. 

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan serta telefon pintar Redmi Note 15 Pro dan Redmi Note 15. 

Apa yang lebih menarik ialah U Mobile juga merupakan penaja utama untuk video muzik Duit Raya nyanyian Sharul Kamal dan Mierul Aiman serta Senyum Gugur Di Hujung Doa yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah. 

Sambutan Aidilfitri tahun ini juga lebih bermakna dengan pelan U Family yang menawarkan dua telefon 5G percuma serta penjimatan sehingga ribuan ringgit.  

Pelan tersebut turut menyediakan empat talian dengan perkongsian sehingga 1,000GB data 5G serta kemudahan perantauan global percuma di lebih 60 destinasi. 

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pelan berkenaan boleh melayari laman web rasmi U Mobile.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement