Skip to main content

Hiburan

Ucapan Shukri Yahaya Sempena ‘Birthday’ Sharnaaz Ahmad Undang Tawa - “Kalau Tua Nanti Hang Tak Kahwin Lagi, Aku Dah Standby…”

Ucapan Shukri Yahaya Sempena ‘Birthday’ Sharnaaz Ahmad Undang Tawa - “Kalau Tua Nanti Hang Tak Kahwin Lagi, Aku Dah Standby…”

Sekilas

  • Shukri Yahaya berkongsi ucapan hari jadi penuh bermakna untuk sahabat baiknya, Sharnaaz Ahmad, di Threads.
  • Shukri mengucapkan terima kasih atas sokongan Sharnaaz dan berseloroh menyediakan tempat tinggal jika Sharnaaz tidak bertemu jodoh kelak.
  • Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kebahagiaan Sharnaaz.
Advertisement

Pelakon, Shukri Yahaya menyorot perhatian apabila menitipkan ucapan bermakna bersempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkongsian di Threads, Shukri yang memuat naik video memaparkan Sharnaaz menzahirkan ucapak penghargaan buat Sharnaaz yang sentiasa berada di sisinya di kala susah dan senang.

Advertisement

“Mat, selamat hari jadi. Kau lah kawan, kau lah abang. Selalu ada dengan aku walau aku elok ka pelaq ka sedih ka marah ka, hang selalu ada tak lari kata orang,” tulis Shukri.

Apa yang menghiburkan ialah, pelakon filem Chelot ini sempat berseloroh mengatakan bahawa dia sudah menyediakan tempat tinggal buat Sharnaaz sekiranya pelakon itu ditakdirkan tidak bertemu jodoh satu hari nanti.

Dalam hantaran yang sama, Shukri turut mendoakan agar Sharnaaz memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan.

“Aku doa hang bahagia sampai tua mat. Kalau tua sok hang tak kawen lagi, takdak org bela hang, aku dah stanby kemah kat laman rumah aku untuk hang,” seloroh Shukri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat perkongsian Shukri itu.

Warganet juga dilihat menzahirkan ucapan hari jadi serta mendoakan Sharnaaz.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement