Sekilas
- Penyanyi Indonesia, Febi Putri, mengumumkan kehamilan anak sulungnya bersama suami, Adam Febrian, sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
- Berita gembira itu dikongsikan melalui hantaran Instagram lengkap dengan gambar ultrasound dan reaksi suami.
- Febi dan Adam telah berkahwin pada 14 September 2025 selepas lima tahun bercinta dan bertunang pada Mac 2024.
Sambutan ulang tahun perkahwinan penyanyi Indonesia, Febi Putri sangat bermakna apabila dia mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung bersama suami, Adam Febrian.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram.
"Di perjalanan satu tahun pernikahan kami," tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut, Febi berkongsi reaksi suaminya dan juga gambar hasil ultrasound.
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan peminat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Sekadar info, Feby Putri selamat menikah dengan Adam Febrian di kampung halamannya di Makassar, Sulawesi Selatan pada 14 September 2025.
Mereka sebelum ini telah bercinta selama lima tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada Mac 2024.