Skip to main content

Selebriti

Umairah Tampil Dengan Single Baharu Berjudul ‘Hujung Indah’, Jadi OST Drama Lakonan Aaron Aziz & Nadiya Nisa - “Kali Pertama Dengar Demo…”

Umairah

Sekilas

  • Umairah lancar single terbaru berjudul ‘Hujung Indah’ yang dihasilkan bersama komposer muda Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.
  • Lagu ini mengisahkan tentang bangkit daripada kekecewaan cinta dan dipilih sebagai OST drama ‘Bidadari Tanpa Syurga’ yang akan ditayangkan di Viu mulai 11 Jun 2026.
  • ‘Hujung Indah’ diterbitkan oleh SN Legacy dan diedar oleh Universal Music, boleh didengar di semua platform penstriman digital beserta muzik videonya.

Penyanyi, Umairah kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Hujung Indah’.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan bersama komposer muda, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Menariknya lagi, pelancaran single ini sengaja diatur bersempena dengan musim cuti sekolah sebagai langkah strategik demi memastikan jadual Umairah tidak bertembung dengan komitmen akademik.

Fasa cuti sekolah ini memberi ruang sepenuhnya kepada pelajar berusia 15 tahun ini, untuk memberikan fokus pada aktiviti promosi serta perkongsian di media sosial.

Dalam pada itu, berbicara mengenai ‘Hujung Indah’, Umairah berkata dia sudah jatuh hati saat pertama kali mendengar demo lagu tersebut.

“Pertama kali mendengar demo ‘Hujung indah’, melodinya terus meresap ke dalam jiwa. Karya ini menuntut kawalan vokal nada rendah dan tinggi.

“Selain itu, lagu ini juga memberi peluang kepada saya untuk menterjemahkan lirik dalam penceritaan yang mendalam,’’ ujarnya.

Malah Umairah juga berharap agar single terbaharunya akan dapat diterima ramai sebelum muncul dengan album sulungnya pada tahun ini.

Berdasarkan bait-bait liriknya, ‘Hujung Indah’ menceritakan tentang fasa bangkit daripada kedukaan akibat dikhianati oleh cinta yang penuh dengan janji palsu.

Walaupun hancur setelah berulang kali dikecewakan, lagu ini membawa mesej pemerkasaan diri serta menggambarkan luahan hati seseorang yang enggan terus meratapi kesedihan, sebaliknya memilih untuk bangkit.

Menambah portfolio seninya, ‘Hujung Indah’ turut terpilih sebagai lagu runut bunyi (OST) bagi drama bersiri ‘Bidadari Tanpa Syurga’ di platform Viu yang akan mula ditayangkan pada 11 Jun 2026, setiap Khamis dan Jumaat, jam 12 tengah hari.


Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan Azlan, seorang lelaki yang dikenali sebagai figura beragama dan dipercayai ramai.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya bersama Aisyah mencetuskan konflik hebat dengan isteri pertama, Farhah.

Di sebalik imej alimnya, Azlan rupa-rupanya menggunakanagama sebagai alat untuk mengawal dan memanipulasi kedua-dua isterinya.

Barisan pelakon yang membintangi drama ini antaranya, Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Syad Mutalib, dan Lorenzo Irmann.

Drama ini menyatukan semula Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa selepas 14 tahun sejak fenomena drama rantaian ‘Adam & Hawa’.

Lagu runut bunyi ‘Adam & Hawa’ dinyanyikan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kali ini legasi tersebut diteruskan oleh anak buah Siti sendiri iaitu Umairah, yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab tersebut.

Dengarkan ‘Hujung Indah’ yang diterbitkan oleh SN Legacy Sdn Bhd dan edaran Universal Music Sdn Bhd di semua pelantar penstriman digital serta tonton muzik videonya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement