Skip to main content

Hiburan

Umum 'Hiatus', Adi Priyo Cadang 6ixth Sense Cari Vokalis Lain Sepanjang Ketiadaannya

Umum 'Hiatus', Adi Priyo Cadang 6ixth Sense Cari Vokalis Lain Sepanjang Ketiadaannya

Sekilas

  • Vokalis 6ixth Sense, Adi Priyo, mengumumkan hasrat untuk berehat sementara daripada kumpulan selepas 20 tahun bersama.
  • Keputusan itu pada awalnya menimbulkan ketegangan, namun anggota lain akhirnya memahami dan menerima sebab komitmen lain Adi.
  • Adi mencadangkan kumpulan mencari penyanyi baru atau buat kolaborasi supaya nama 6ixth Sense terus kekal dalam industri semasa ketiadaannya.
Advertisement

Vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo mengakui suasana pada awalnya agak tegang ketika memaklumkan hasrat untuk berehat daripada kumpulan tersebut selepas 20 tahun bersama.

Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah untuk disampaikan memandangkan hubungan mereka sudah terjalin sekian lama.

Advertisement

“Pada awalnya memang agak tegang sebab perkara ini melibatkan hubungan kami yang sudah 20 tahun bersama.

“Tiba-tiba saya kata mahu berehat sebentar, perkara itu memang agak susah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Adi, anggota lain akhirnya memahami dan menerima keputusan tersebut selepas mengetahui komitmen yang sedang dilakukannya.

Advertisement

“Tetapi lama-kelamaan mereka mula faham dan mereka tahu apa yang saya buat itu mereka boleh terima.

“Kami sudah lama bersama-sama, jadi tidak mengapalah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Adi turut mencadangkan agar 6ixth Sense mempertimbangkan penyanyi lain atau menjalinkan kerjasama dengan artis berbeza sepanjang ketiadaannya.

Katanya, langkah tersebut boleh memastikan nama kumpulan itu terus kekal dalam industri meskipun tanpa penglibatannya buat sementara waktu.

“Saya pun ada beri idea kepada mereka, cubalah cari penyanyi lain atau buat kolaborasi dengan artis lain supaya nama 6ixth Sense itu tetap ada walaupun bukan dengan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Adi mengumumkan bakal berehat daripada 6ixth Sense selepas menjayakan Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu pada 23 Januari 2027.

Keputusan tersebut dibuat bagi memberikan ruang kepada komitmen muzik lain termasuk projek solo, penerbitan karya artis serta tanggungjawab terhadap keluarga.

Konsert yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Damansara itu menjadi persembahan terakhir Adi bersama 6ixth Sense sebelum memulakan tempoh rehat yang belum ditetapkan penghujungnya.

Tiket berharga antara RM99 hingga RM199 mula dijual pada 28 Oktober ini, pukul 12 tengah hari menerusi platform Fantopia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement