Skip to main content

Hiburan

Uqasha Senrose Hargai Kamal Adli Bawa Anak Jalan-Jalan - “Terima Kasih Ayah Bawa Qeya Jalan, Nanti Ibu Bawa Pula Okay”

Uqasha Senrose

Sekilas

  • Uqasha Senrose berkongsi momen anaknya, Hawra Uqaira, dibawa berjalan oleh bekas suami, Kamal Adli, menerusi Instastory.
  • Uqasha mengucapkan terima kasih kepada Kamal kerana meluangkan masa bersama anak mereka dan memohon maaf kerana tidak dapat menemani Hawra atas tuntutan kerja.
  • Kamal dan Uqasha sah bercerai pada 12 Januari 2026 selepas berkahwin pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak bersama.

Pelakon, Uqasha Senrose berkongsi momen anaknya, Hawra Uqaira yang dibawa berjalan-jalan oleh bekas suami yang juga pelakon, Kamal Adli.

Menerusi Instastory, Uqasha memuat naik video anaknya yang sedang berdiri sambil teruja melihat beberapa ekor ikan di dalam akuarium.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini menzahirkan ucapan kepada Kamal kerana sudah meluangkan masa bersama Uqaira.

“Thank you ayah (Kamal) bawa Qeya (panggilan Uqaira) jalan-jalan,” kongsi Uqasha.

Dalam pada itu, Uqasha memohon maaf kepada Uqaira kerana tidak dapat bersama anaknya itu atas tuntutan kerja.

“Sorry anak ibu, ibu shooting dari pagi ke pagi. Nanti bubu (Uqasha) bawa Qeya jalan-jalan pula okay,” katanya lagi.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026. 

Lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas permohonan yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober 2025.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira. 

Sumber: Instastory Uqasha

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement