Skip to main content

Selebriti

Uyaina Arshad ‘Give Up’ Nak Join ‘Kelas’ Khairul Aming Buat Netizen Terhibur - “Saya Buat Keputusan Tangguh Semester Tahun Ni, Tengok Ramai Tertekan”

AstroGempak uyaina khairul aming

Sekilas

  • Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengaku menangguhkan niat sertai kelas masakan popular Khairul Aming demi jaga kesihatan mental.
  • Uyaina berkongsi keputusan itu di platform Threads selepas lihat ramai yang tertekan dengan 'silibus' kelas masakan tahun ini.
  • Perkongsian Uyaina mendapat reaksi lucu netizen yang turut mengaku give up cuba resipi terutama Puding Karamel walaupun mudah.

Tidak hanya netizen, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad turut terjebak dengan fenomena dan trend resipi personaliti media terkenal, Khairul Aming.

Namun, Uyaina tampil mencuit hati ramai apabila mengakui dirinya sudah mengalah untuk menyertai ‘kelas masakan’ yang menjadi rebutan ramai itu.

Menerusi hantaran di platform Threads, Uyaina berkata dia membuat keputusan untuk menangguhkan hasrat berkenaan selepas melihat ramai yang tertekan dengan ‘silibus’ tahun ini.

“Saya buat keputusan untuk tangguh semester tahun ni. Tengok ramai yang tertekan. Tak jadi lah. Saya pentingkan kesihatan mental saya,” coretnya berseloroh.

Bagaimanapun, perkongsian itu ternyata mengundang reaksi lucu dalam kalangan netizen memahami maksud Uyaina.

Malah netizen turut bersetuju dengan kenyataan Uyaina, dan mengakui mereka juga ‘give up’ selepas beberapa kali gagal mendapat hasil yang mengagumkan walaupun selepas cuba resipi yang mudah terutamanya Puding Karamel.

Berikut merupakan antara komen lucu netizen:


Anda mungkin berminat dengan

Dessini Portable Stove

Dessini Portable Stove

Must-Watch Video

Advertisement