Skip to main content

Selebriti

Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Uzayn Untuk Anak Ketiga, Inspirasi Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW - “Yang Membawa Maksud…”

Uyaina nama anak

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi nama dan wajah anak lelakinya yang ketiga, Raja Uzayn, selepas genap sebulan dilahirkan.
  • Nama Raja Uzayn dipilih berdasarkan kajian terperinci dan diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW, yang membawa maksud kebaikan dan keindahan.
  • Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran, sudah mempunyai dua anak lelaki sebelum ini dan berkahwin pada 21 Disember 2021.

Pelakon, Uyaina Arshad berkongsi nama dan dan wajah anak lelakinya selepas genap sebulan melahirkan cahaya mata ketiga itu.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran memilih nama Raja Uzayn buat puteranya itu.

Menurut Uyaina, nama tersebut dipilih selepas dia membuat kajian terperinci bagi mencari nama yang baik dan bersesuaian untuk anaknya.

“Genap sebulan usia anakanda ketiga kami, Raja Uzayn bin Raja Syahiran.

“Nama Uzayn diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW, Husayn ibn Ali, seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung tinggi, dan nama yang membawa maksud 'kebaikan' dan 'keindahan.!'

“Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.

“Selamat sebulan, anakandaku Raja Uzayn. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk keluarga kecil kami,” coretnya.

Untuk info, Uyaina dan Raja Syahiran berkahwin pada 21 Disember 2021. Mereka sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.

Sumber: Instagram @uyainaarshad

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement