Skip to main content

Selebriti

Uyaina Arshad Tak Kisah Dibenci Kerana Natasha - “Semoga Traffic Light Sentiasa Hijau…”

Uyaina Arshad Tak Kisah Dibenci Kerana Natasha - “Semoga Traffic Light Sentiasa Hijau…”

Sekilas

  • Uyaina Arshad tidak kisah jika penonton kurang suka watak Natasha yang dilakonkannya dalam drama Sumpahan Mencintai.
  • Dia berseloroh tentang wataknya yang ‘mengganggu’ pasangan Zakief dan Akiera yang terlalu manis ketika bersama.
  • Drama Sumpahan Mencintai disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Sooka.
Advertisement

Pelakon, Uyaina Arshad mengakui tidak kisah sekiranya penonton kurang menyukai watak Natasha yang dilakonkannya dalam drama Sumpahan Mencintai.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina secara berseloroh berkata dia memahami jika wataknya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Advertisement

Malah, Uyaina turut menyakat pasangan Zakief dan Akiera yang dianggap terlalu manis ketika bersama sehingga membuatkan watak Natasha berasa ‘terganggu’.

“Siapa tengok Sumpahan Mencintai malam ni semoga traffic light sentiasa hijau dan walaupun korang tak suka watak Natasha tak apa lah I okay je.

“Kalau tak suka I tapi tu lah I bukan apa saje je nak kacau Zakief and Akiera tu sebab macam kenapa sweet sangat tak boleh lah kan benci la nak manja-manja depan I apa ni tak hormat orang single langsung.

Advertisement

“Please tolong sedar ruang eh kalau nak manja manja suami isteri tak suka lah orang macam ni pindah pluto lah eh lupa pluto dah bukan planet dah nak pindah mana,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata penonton memberikan respons terhadap hantaran itu memuji lakonan Uyaina yang dikatakan sangat menjiwai watak tersebut.

Selain Uyaina, Sumpahan Mencintai dibintangi oleh Siti Hariesa, Nafiez Zaidi, Yuna Rahim, Ellya Keesha, Dilla Ahmad, Zaid Erakad dan Sharul Kamal.

Saksikan Sumpahan Mencintai setiap Isninhingga Khamis, jam 10 malam menerusi Slot Megadrama di Astro Ria atau sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement