Skip to main content

Hiburan

Vokalis Band Harum Manis Didakwa Grooming Gadis Bawah Umur, ‘Jerat’ Di Media Sosial

Sulthon Kamil

Dunia muzik Indonesia sedang dihebohkan dengan dakwaan vokalis Harum Manis, Sulthon Kamil memiliki sikap tidak senonoh terhadap gadis di bawah umur.

Sulthon, 25, didakwa suka ‘menjerat’ mangsa dengan meninggalkan emoji atau tanda suka di platform media sosial gadis bawah umur secara rawak sebelum mula menjalin hubungan bersama mereka.

Advertisement

Modus operandi itu terbongkar selepas beberapa akaun di media sosial berkongsi tangkap layar yang diduga melibatkan Sulthon.

Akaun X bernama @TEWASUSAIPESTA dilihat mencuit: “Kamil itu suka randomly ngelike TikTok atau tonton Instagram Story cewek-cewek.

“Itu katanya salah satu cara dia biar caper supaya di reach out (dihubungi) duluan sama ceweknya," tulis akaun tersebut seperti dilaporkan InsertLive.

Setelah berhasil mengambil hati korban, vokalis itu diduga meyakinkan dan membuat mangsanya berasa aman berada di sisinya.

"Untung kamu deketnya sama aku, what if it happens with other older guys?,"tulis Sulthon dalam foto tangkapan layar yang tersebar di media sosial.

Meski belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Sulthon, pihak syarikat rakaman Harum Manis, Lamunai Records mengambil langkah memutuskan hubungan profesional dengan band tersebut.

Lamunai Records menerusi kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tidak lagi bekerjasama dengan band pop asal Jakarta itu sejak 10 September 2025.

“Lamunai Records menyatakan solidariti dan dukungan kepada mangsa dalam kes pelecehan yang melibatkan terduga Sulthon Kamil dari Harum Manis," ujar Lamunai Records menerusi Instagram seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Selain Sulthon Kamil, Harum Manis dianggotai oleh Adib Arkan.

Must-Watch Video

Advertisement