Skip to main content

Hiburan

Wahid Puji Karya Faizal Tahir, 'Bila Lagi Nak Jumpa' Tarik Perhatian Gen Z & Alpha

Astrogempak WAHID

Sekilas

  • Wahid dari kumpulan Senario kagum dengan kejayaan lagu ciptaan Faizal Tahir yang mendapat sambutan hangat terutama dari golongan muda seperti Gen Z dan Alpha.
  • Lagu tersebut dikenali kerana lirik yang mudah diingati dan melodi yang catchy, menjadikannya antara karya terbaik yang pernah dihasilkan.
  • Ramai peminat termasuk kanak-kanak dan netizen berkongsi pengalaman positif mereka mendengar lagu raya baru ini serta menghargai legasi Senario.
Advertisement

Ahli kumpulan Senario, Wahid meluahkan rasa kagum apabila karya yang dihasilkan  oleh penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mendapat tempat di hati peminat. 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Wahid mengakui lagu tersebut mendapat tempat di hati peminat muda termasuk Gen Z dan Alpha. 

Advertisement

“Hebat betul karya Faizal Tahir ni… nampak saja muka Senario, mesti Gen Z atau Alpha ingat lagu ni. ‘Eh pakcik, lagu apa la pakcik ni,’ lepas tu tanya balik lagu apa… ‘Haaa lagu ni,’ dia pun terus nyanyi,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai menyifatkan lagu tersebut sebagai antara karya terbaik yang pernah dihasilkan, khususnya kerana liriknya yang mudah diingati serta melodi yang ‘catchy’.

"Anak saya yang umur 5 tahun pun pandai nyanyi lagu ni. 

"Memang best pun lagu tu... first time dgr dh melekat kat kepala. 

"Terima kasih tahun ni dpt dengar lagu raya baru yg best n sampai mesej ..senario sentiasa diingati..legend ooo..

"Pak cik ni la yg selalu buat main ptg sy n mlm sy akn berhenti brsama kwn2 balik rumah nak tengok @senariounion, Terima Kasih Abg Wahid n the gengs. semoga sehat2 selalu," komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement