Skip to main content

Viral

Wajah Pelakon Wanita Terbakar Ikut Trend Tiup Api Di Kek Ulang Tahun

Astro Gempak lilin terbakar

Sekilas

  • Pelakon China, Wang Tianyu, mengalami luka terbakar selepas wajahnya disambar api ketika mencuba cabaran meniup api pada kek ulang tahun yang trending di media sosial.
  • Insiden berlaku apabila alkohol dalam mulutnya terkena api lilin, menyebabkan api marak dan menyambar wajah serta lehernya.
  • Tianyu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran media sosial yang berbahaya selepas mengalami kejadian tersebut.
Advertisement

Wajah seorang pelakon wanita dari China, Wang Tianyu disambar api selepas dirinya cuba mengikut trend terkenal di media sosial iaitu meniup api pada kek ulang tahun.

Insiden tersebut berlaku sewaktu Tianyu teruja menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 bersama rakan-rakan yang dikongsikan di platform Weibo, baru-baru ini.

Advertisement

Wajah Tianyu disambar api dan mengalami luka terbakar selepas dia meniup alkohol yang berada dalam mulutnya ke arah lilin. Malangnya, api lilin yang terkena alkohol tersebut telah marak sekaligus menyambar wajah dan leher pelakon tersebut, lapor Yahoo!

Tianyu telah dibawa mendapatkan rawatan di hospital terdekat. Bercakap mengenai insiden yang berlaku, Tianyu mengaku terpengaruh melakukan cabaran tersebut selepas melihatnya di media sosial.

Dia juga mengatakan tidak diperingatkan tentang bahaya yang bakal menanti.

“Sewaktu saya melihat cabaran ini di internet tiada siapa yang ingatkan tentang Bahaya. Ia kelihatan menarik buat saya.

“Semua orang kata ia selamat dan saya juga fikir begitu. Adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab apabila menyembunyikan bahaya di sebalik cabaran ini,” katanya.

Dia juga mengatakan insiden yang berlaku terhadapnya patut dijadikan contoh kepada orang lain agar tidak mudah terpengaruh dengan cabaran atau trend yang beredar di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Must Watch Video

Advertisement