Skip to main content

Selebriti

“Walaupun Saya Hanyalah Cik B, Tapi…” - Cik B Sebak, Dapat Tunaikan Hasrat Pesakit

“Walaupun Saya Hanyalah Cik B, Tapi…” - Cik B Sebak, Dapat Tunaikan Hasrat Pesakit

Sekilas

  • Cik B, anak usahawan Datuk Seri Vida, menunaikan impian seorang pesakit di Wad 2A Pediatrik, Hospital Rehabilitasi Cheras selepas dimaklumkan melalui platform Threads.
  • Beliau membawa hadiah dan meluangkan masa mesra bersama pesakit serta rakan-rakan mereka di wad tersebut.
  • Cik B berasa terharu kerana kehadirannya dapat membawa kegembiraan kepada pesakit dan berjanji akan kembali melawat mereka.
Advertisement

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian apabila menunaikan impian seorang pesakit yang menyatakan hasrat untuk bertemu dirinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B dilihat berkunjung ke Wad 2A Pediatrik, Hospital Rehabilitasi, Cheras bagi bertemu dengan seorang pesakit yang dikenali sebagai Cik Pia.

Advertisement

Menurut Cik B, dia mengetahui hasrat Cik Pia untuk bertemu dengannya selepas adik tersebut menandakan (tag) namanya dalam satu hantaran di platform Threads.

“Adik ni tag saya dekat Threads kata nak jumpa saya,  saya pun nak jumpa dia, jadi jom kita jumpa.

“Saya pun dah beli sedikit barang sebab saya tahu dia suka melukis. Kita surprisekan dia. Saya harap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Istimewanya lagi, setibanya di sana, Cik B bukan hanya sekadar datang menziarah sebaliknya dia dilihat meluangkan masa dan begitu mesra melayan Cik Pia bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Cik B mengakui hatinya tersentuh apabila menyedari kehadirannya mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada pesakit lain di wad berkenaan.

“Saya ingatkan saya jumpa Cik Pia sorang sahaja, tapi alhamdulillah saya dapat jumpa lebih ramai adik-adik dekat sana dan nurse nurse yang baik.

“Saya rasa macam keluarga dan sangat welcoming, it’s a great experience dan saya akan kembali. I should have done more.

“Tapi walaupun saya datang, saya harap saya dapat bahagiakan orang lain. Tak tahu lah, saya rasa sebak sebab saya rasa macam…

“Walaupun saya hanyalah Cik B, tapi saya mampu menggembirakan adik-adik yang lain, terima kasih semua,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement