Skip to main content

Kpop

Wanita Brazil Ditangkap Intip Kediaman Jungkook BTS

jungkook

Sekilas

  • Seorang wanita Brazil berusia 30-an ditangkap di Seoul kerana mengintip kediaman Jungkook BTS buat kali kedua dan mengabaikan arahan polis untuk menjauhkan diri.
  • Wanita tersebut juga membuat kacau dengan menggantung foto Jungkook dan menekan loceng rumahnya, menyebabkan gangguan di kawasan kediaman bintang K-Pop itu.
  • Jungkook sebelum ini memberi amaran tegas kepada peminat yang cuba mengintip atau menceroboh kediamannya, dengan menyatakan tindakan tersebut akan dirakam dan dilaporkan polis.

Seorang wanita Brazil ditangkap pihak berkuasa selepas mengintip kediaman Jungkook BTS buat kesekian kalinya.

Menerusi kenyatan yang dikeluarkan dari Balai Polis Yongson, Seoul, pihak berkuasa menerima aduan daripada pengawal sekitar pukul 2.50 petang waktu tempatan mengenai seorang wanita dilihat datang ke kediaman bintang K Pop itu di kawasan Yongson.

Pihak polis kemudian berjaya menahan seorang wanita Brazil berusia dalam lingkungan 30-an atas kesalahan menimbulkan curiga di bawah akta  Stalking Punishment Act, lapor chosun.com.

Wanita yang dikenali sebagai Ms. A itu dilaporkan telah membuat kecoh termasuk menggantung foto Jungkook di kawasan rumah. Walaupun telah diberi amaran untuk berada dalam jarak 100 meter daripada kediaman bintang berusia 29 itu, Ms. A mengabaikan perintah tersebut.

Dia akhirnya ditahan kerana mengingkari arahan polis dan tetap mencuba menceroboh kediaman Jungkook.

Ironi, Ms. A telah melakukan perbuatan sama dengan mengintip kediaman Jungkook sebanyak dua kali pada awal bulan lalu. Pada waktu itu, Ms A membuat kacau dengan menekan loceng rumah dan membuat bising.

Kediaman Jungkook telah menjadi sasaran dan diintip ramai peminat. Menerusi siaran langsung pada September tahun lalu, Jungkook memberi amaran kepada peminat yang datang mengintip dan ingin menceroboh kediamannya.

“Jika anda datang mencari saya, saya akan tangkap anda. Semuanya dirakamkan. Bukti telah diperoleh. Jika anda tidak mahu ditangkap polis, tolong jangan datang,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement