Skip to main content

Hiburan

Wanita Buntu, Dakwa Suami Taruh Cerai Talak Tiga Kalau Argentina Kalah - “Dia Balik Meraung Macam Orang Gila”

Talak 3

Sekilas

  • Seorang wanita berkongsi mesej yang diterimanya tentang suaminya yang bertaruh untuk menceraikannya talak tiga jika Argentina kalah kepada Sepanyol di Piala Dunia 2026.
  • Wanita itu dinasihati untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hukum talak.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang menasihatkan agar isu taruhan talak ini diselesaikan secara rasmi di pejabat agama.
Advertisement

Tular satu tangkap layar di Threads memaparkan hantaran mesej yang diterima seorang individu daripada rakannya yang telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran mesej itu, wanita berkenaan dilihat buntu selepas mendakwa suaminya telah bertaruh untuk menceraikannya talak tiga sekiranya pasukan Argentina tewas kepada pasukan Sepanyol di perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Advertisement

“Salam kak, apa nak buat? Lelaki aku bertaruh dengan kawan-kawan dia. Kalau Argentina kalah dengan Sepanyol, dia ceraikan aku talak tiga.

“Aku rasa dah jatuh talak tiga. Dia balik pagi tadi meraung macam orang gila. Aku tanya kenapa? Dia pun cerita hal sebenar,” kongsi wanita itu.

Menjawab pertanyaan itu, wanita berkenaan menasihati rakannya untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Syariah untuk mendapat jawapan lanjut.

“Pula suami awak ini. Macam gilalah talak dibuat main macam itu.

“Pergi ke pejabat agama tanya, lagi mudah dan boleh faham. Benda ini berkaitan hukum, lebih baik tanya pada yang arif,” respon wanita itu.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan suami wanita itu yang bertaruh sedemikian rupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meminta wanita itu untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Syariah kerana taruhan yang dibuat sudah dikira taklik.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement