Skip to main content

Hiburan

Tiada Kaitan Dengan Isu Semasa, Hafreez Adam Jelaskan Status Mengenai Adab - “Saya Kongsi Pengalaman…”

Tiada Kaitan Dengan Isu Semasa, Hafreez Adam Jelaskan Status Mengenai Adab - “Saya Kongsi Pengalaman…”

Sekilas

  • Pelakon Hafreez Adam menjelaskan hantaran mengenai adab yang dimuat naik adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan tiada kaitan dengan isu semasa.
  • Hantaran tersebut dibuat selepas beliau berdepan dengan individu yang bersikap biadab sebagai peringatan kepada semua.
  • Hafreez menegaskan penjelasannya sudah diberikan walaupun ada pengguna yang mempertikaikan waktu dan niat hantaran tersebut.
Advertisement

Pelakon Hafreez Adam menjelaskan hantaran ringkasnya mengenai adab tidak mempunyai kaitan dengan isu hangat membabitkan pihak lain, sebaliknya berdasarkan pengalaman sendiri.

Penjelasan itu dibuat selepas status berbunyi ‘adab itu mahal’ di Threads mengundang salah faham sesetengah pengguna.

Advertisement

Menurut Hafreez, dia memuat naik hantaran tersebut selepas berdepan individu yang bersikap biadab.

“Assalamualaikum semua. Rasa macam ada salah faham. Saya jelaskan awal-awal. Hantaran saya ini mengenai pengalaman sendiri. Tak ada kena-mengena dengan isu-isu sekarang.

“Saya berdepan seseorang yang biadab tadi. Jadi saya luahkan pendapat di sini dengan harapan tidak berjumpa lagi orang yang biadab selepas ini.

Advertisement

“Sekadar peringatan untuk semua dan diri saya sendiri bahawa sikap biadab itu tidak memudahkan urusan sesiapa,” tulisnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna mempertikaikan penjelasan tersebut dan mempersoalkan waktu Hafreez berkongsi status berkenaan.

“Tiba-tiba pula kau tak ada kena-mengena dengan isu sekarang. Kenapa tak tunggu isu ini selesai baru nak muat naik hantaran macam ini?

“Dah lapuklah cara ini, artis sekarang dah tak guna,” komen pengguna tersebut.

edrf

Membalas komen itu, Hafreez menegaskan penjelasan sudah diberikan, namun mengakui pengguna berkenaan berhak mempercayai apa sahaja.

“Assalamualaikum. Saya dah terangkan awal-awal, tetapi awak berhak mempercayai apa sahaja yang awak mahu.

“Orang macam awak inilah antara punca saya muat naik hantaran mengenai perkara ini semalam. Boleh baca balik apa saya tulis di atas dan fahami maksud.

“Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak,” balasnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement