Skip to main content

Hiburan

5SOS Gegar Unifi Arena, 11,000 Peminat Lepas Rindu Selepas Hampir 10 Tahun

5SOS Gegar Unifi Arena, 11,000 Peminat Lepas Rindu Selepas Hampir 10 Tahun

Sekilas

  • Kumpulan pop rock Australia, 5 Seconds of Summer (5SOS), menghiburkan kira-kira 11,000 penonton di Unifi Arena, Bukit Jalil, menerusi konsert EVERYONE’S A STAR! WORLD TOUR 2026.
  • Kumpulan tempatan Insomniacks membuka pentas dengan lagu popular sebelum 5SOS menyampaikan lagu hits seperti Youngblood, Amnesia dan karya terbaru dari album keenam mereka.
  • Konsert kedua 5SOS di Malaysia dijadualkan pada 4 Disember dengan Insomniacks sekali lagi sebagai artis pembuka.
Advertisement

Penantian hampir sedekad berakhir dengan meriah apabila kumpulan pop rock Australia, 5 Seconds of Summer (5SOS) menghiburkan kira-kira 11,000 penonton di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi konsert EVERYONE’S A STAR! WORLD TOUR 2026, kumpulan dianggotai Luke Hemmings, Michael Clifford, Calum Hood dan Ashton Irwin itu tampil dengan persembahan bertenaga yang pastinya mengubat kerinduan peminat tegar mereka di Malaysia.

Advertisement

Sejak awal, suasana arena yang dipenuhi penonton sudah terasa hangat apabila kumpulan tempatan, Insomniacks membuka pentas kira-kira pukul 7.30 malam.

Menerusi lagu seperti Pulang dan Igauan Malam, Insomniacks berjaya membangkitkan keterujaan penonton sebelum kemunculan empat pemuzik yang dinanti-nantikan.

Sebaik 5SOS muncul, sorakan nyaring memenuhi arena, memperlihatkan betapa peminat tidak sabar menyaksikan kumpulan kesayangan mereka kembali beraksi secara langsung.

Advertisement

Deretan lagu popular termasuk Youngblood, Amnesia, She Looks So Perfect, Easier dan Ghost of You menjadi antara tarikan sepanjang konsert anjuran SAH Entertainment itu.

Bukan sekadar menonton, peminat turut menyanyi bersama, menjadikan suasana malam tersebut meriah dengan suara ribuan penonton mengiringi persembahan di pentas.

Selain mengimbau nostalgia menerusi lagu popular, 5SOS turut mempersembahkan karya terbaharu daripada album studio keenam mereka, EVERYONE’S A STAR!.

Antara detik menarik ialah pemilihan Lover of Mine sebagai lagu kejutan atau ‘secret song’, yang menambahkan lagi keterujaan peminat.

Gabungan persembahan bertenaga, lagu yang dekat di hati dan sambutan hangat penonton menjadikan malam pertama bagi konsert 5SOS di Malaysia itu sebagai satu pertemuan semula yang penuh nostalgia.

Bagi yang belum berkesempatan hadir, 5SOS dijadualkan kembali untuk konsert kedua di Malaysia pada 4 Disember ini.

Insomniacks turut disenaraikan sebagai artis pembuka bagi persembahan tersebut.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.golive-asia.com.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement