Skip to main content

Hiburan

Watie Hanifiah Lebih Tahu Hal Anak Berbanding Shuib - “Walaupun Cuma Ibu Tiri, Tetaplah Yang Lagi…”

ASTROGEMPAK Watie Hanifiah

Sekilas

  • Watie Hanifiah berkongsi bahawa anak-anak biasanya lebih rapat dengan ibu kerana ibu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka berbanding bapa yang sibuk mencari nafkah.
  • Watie menegaskan bahawa walaupun sebagai ibu tiri, dia lebih memahami dan mengenali perangai serta keperluan anak-anaknya kerana masa yang banyak diluangkan bersama mereka.
  • Anak-anak juga lebih mengenali dan tahu tentang Watie berbanding Shuib, kerana hubungan rapat dan komunikasi yang kerap antara mereka.
Advertisement

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berpendapat ramai anak yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu berbanding bapa. 

 

Advertisement

Menerusi video yang tular di TikTok, Watie berkata perkara itu berlaku kerana ibu biasanya meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak berbanding bapa yang sibuk mencari nafkah untuk keluarga.

 

“Anak ini sebenarnya kan, kot mana la… kalau ada anak, mesti anak rapat dengan siapa? Mak… sebab bapa ada tugas, tanggungjawab cari nafkah. Bapa banyak fikir hal rumah, komitmen semua benda. 

 

“Yang lebih memahami anak, yang lebih tahu anak dekat sekolah macam mana, anak kat rumah macam mana, lebih banyak masa dengan anak adalah mak. 

 

“Walaupun mak ini cuma mak tiri, tetaplah mak yang lagi tahu semua benda tentang anak,” kongsinya. 

 

Malah Watie turut berkata dia mengetahui hampir semua perkara mengenai anak-anaknya memandangkan mereka banyak meluangkan masa bersama. 

 

“Saya boleh bagitahu spesifik Uwais macam mana, makan dan peangai dia… Talita, Martin. Sebab kita yang banyak masa dengan dia. Sebab kalau tanya mummy (saya), mummy sebenarnya banyak masa dengan anak daripada dengan daddy (Shuib). 

 

“Mummy lagi banyak berborak dengan anak daripada dengan suami. Mummy lagi banyak masa keluar dengan anak daripada dengan suami. Jadi sudah tentu sebenarnya mummy lagi rapat dengan anak berbanding suami,” katanya lagi. 

 

Dalam masa sama, Watie turut mendedahkan anak-anak juga lebih mengenali dirinya berbanding Shuib.

 

“Sebab itu juga anak tahu semua benda fasal mummy lebih daripada daddy tahu fasal mummy. Lagi-lagi Talita, dia boleh cerita satu persatu fasal mummy, peel mummy, perangai mummy. 

 

“Dia boleh ingat ayat mummy atau pun apa mummy suka lebih daripada daddy tahu fasal mummy. Sampai macam itu tau. Sebab kita orang sentiasa bersama,” ujarnya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement