Skip to main content
Advertisement

Hollywood

Winona Ryder Sertai Wednesday Musim Ketiga

Astro Gempak winona

Sekilas

  • Winona Ryder akan membuat penampilan khas dalam musim ketiga siri Wednesday, bersama pelakon baru lain seperti Chris Sarandon dan Eve Green.
  • Musim ketiga akan menampilkan jalan cerita yang lebih gelap dan penuh misteri, dengan fokus pada rahsia keluarga Addam dan pelajar baru di Akademi Nevermore.
  • Siri ini masih diterajui oleh Jenna Ortega dan mendapat sambutan hangat selepas musim kedua yang dibahagikan kepada dua bahagian tahun lalu.
Advertisement

Aktres legenda, Winona Ryder dilaporkan akan menyertai ‘keluarga’ Wednesday musim ketiga sebagai penampilan khas, lapor Variety.

Nama Ryder diumumkan selepas produksi mendedahkan beberapa pelakon lain termasuk Chris Sarandon, Noah Taylor, Oscar Morgan dan Kennedy Moyer akan menyertai pembikinan edisi terkini siri popular itu.

Advertisement

Selain itu,  Eve Green juga diumumkan terlibat dengan siri ini dan akan membawa watak Ophelia.

Siri yang masih diterajui Jenna Ortega, Wednesday Addam itu dilaporkan sedang dalam pembikinan.

“Saya sangat teruja kerana Winona Ryder akan bergabung dengan Wednesday. Dia sangat tepat dengan ‘keluarga’ ini. Saya selalu rasa beruntung kerana dapat bekerja dengan Ryder,” ujar Tim Burton dalam kenyataan mengenai keterlibatan aktres tersebut.

Advertisement

Menurut laporan sama, jalan cerita Wednesday musim ketiga akan semakin ‘gelap’ dan penuh misteri.

Musim terbaru akan kembali menghadirkan para pelajar dan guru baru di Akademi Nevermore, sekaligus bakal meneroka lebih dalam rahsia keluarga Addam.

Terdahulu, musim kedua Wednesday yang dibahagikan kepada dua bahagian dan ditayangkan tahun lalu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement