Skip to main content

Kpop

Winter Aespa Hidap Kayap, Terpaksa Rehat Daripada Persembahan Di AS

Winter Aespa Hidap Kayap, Terpaksa Rehat Daripada Persembahan Di AS

Sekilas

  • Winter dari aespa disahkan menghidap kayap selepas mengalami masalah kesihatan semasa jelajah di Amerika Syarikat.
  • Walaupun awalnya berusaha untuk terus membuat persembahan, Winter akhirnya terpaksa berehat dan tidak menyertai konsert di Dallas atas nasihat perubatan.
  • SM Entertainment memastikan Winter mendapat rehat dan rawatan yang mencukupi sebelum kembali bertemu peminat, sementara aespa meneruskan jelajah mereka di beberapa lokasi lain di AS.
Advertisement

Anggota kumpulan aespa, Winter, disahkan menghidap kayap selepas mengalami masalah kesihatan ketika menjayakan siri jelajah kumpulan itu di Amerika Syarikat.

Laporan tersebut disiarkan AllKPop selepas menerima kenyataan daripada agensi, SM Entertainment. Menurut kenyataan yang diberikan kepada pihak media,  Winter sudah berasa kurang sihat sebelum persembahan aespa di Miami pada 26 September lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, penyanyi berusia 24 tahun itu tetap memaksa diri untuk membuat persembahan bersama Karina, Giselle dan Ningning.

Selepas konsert berkenaan, keadaan kesihatan Winter masih belum menunjukkan perubahan yang memuaskan sebelum dia mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.

Hasil pemeriksaan, Winter disahkan menghidap kayap.

Advertisement

Walaupun sudah menerima diagnosis tersebut, Winter masih berhasrat untuk meneruskan persembahan seterusnya dan berusaha mendapatkan rawatan bagi membolehkan dirinya kembali pulih.

Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak perubatan supaya mengutamakan kesihatan serta mendapatkan rehat secukupnya, SM Entertainment bersama Winter akhirnya membuat keputusan untuk tidak menyertai konsert aespa di Dallas.

Konsert aespa yang berlangsung di Dallas pada 29 September lalu, termasuk acara Hi-Bye dan Send-Off, diteruskan dengan hanya tiga anggota iaitu Karina, Giselle dan Ningning.

Pada masa sama, Winter meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bertemu peminat yang sudah menantikan kehadirannya.

Untuk rekod, kayap berlaku apabila virus varicella-zoster yang kekal tidak aktif dalam tubuh selepas seseorang mengalami cacar air kembali aktif, lazimnya ketika sistem imuniti menurun.

Keadaan tersebut biasanya menyebabkan ruam dan lepuh yang menyakitkan.

Kayap lebih kerap berlaku dalam kalangan golongan berusia serta individu yang mempunyai sistem imuniti yang lemah, namun golongan muda juga tidak terkecuali daripada mengalaminya.

Dalam pada itu, SM Entertainment memaklumkan pihaknya akan memastikan Winter mendapat rehat dan penjagaan yang mencukupi sebelum kembali bertemu peminat.

aespa kini meneruskan siri jelajah mereka di Amerika Syarikat dengan beberapa lokasi seterusnya termasuk Los Angeles, Oakland dan Seattle sebelum menuju ke Vancouver.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement